KENYATAAN MEDIA PRESIDEN AMANAH
Parti Amanah Negara (AMANAH) melihat betapa pentingnya pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan untuk berada bersama dalam kerajaan agar reformasi sistem seperti yang ditawarkan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu, dapat dilaksana dengan lebih berkesan.

Pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi membolehkan beliau menjadi Ahli Parlimen adalah satu langkah ke arah mencapai hasrat yang dijanjikan itu.
Dalam sebuah negara demokrasi, mana-mana individu berhak untuk bertanding di mana-mana kawasan yang difikirkan sesuai seperti diperuntukkan oleh Perlembagaan.
Sehubungan itu, atas konsensus bersama pimpinan parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan, AMANAH menyokong pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam PRK dalam masa terdekat.
MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara

0 comments:
Post a Comment