Saturday, 15 September 2018

[Video Usul tahaluf dengan Umno hangatkan Muktamar Pemuda Pas] Selamat Menyambut Hari Malaysia 2018! “Yang Menjalankan Amanah”.

Ahad, 16 September 2018
Foto Parti Amanah Negara.
Foto Salahuddin Ayub.

Foto Salahuddin Ayub.
Sebentar tadi, saya menghadiri majlis dialog bersama petani dan peladang bumiputera Kundasang, Sabah
Saya juga ingin mengajak para usahawan tani serta rakyat Negeri Sabah untuk hadir memeriahkan #MAHA2018 yang akan berlangsung pada bulan November ini di MAEPS, Serdang.
Foto Parti Amanah Negara.
Foto Parti Amanah Negara.
Tahniah Pertubuhan Sosial OKS, NGO Teraju, Pusat Khidmat Dun Ijok & Parlimen Kuala Selangor, Ahli Majlis MDKS serta ketua-ketua komuniti atas kolaborasi erat menjayakan Program Karnival Kemerdekaan 2018 , Keusahawanan dan Kempen Kesihatan yang berlangsung seawal 6.30pagi sehingga 10 malam bertempat di PadangTaman Sejati, Ijok.
.
Karnival selama dua hari ini merupakan satu kombinasi program yang baik bagi melahirkan usahawan yang sihat dalam memberi kesedaran dan khidmat nasihat tentang peri penting menjaga kesihatan sekali gus menyumbang kepada pembudayaan komuniti aktif sihat kepada masyarakat.
#karnivalkemerdekaan2018 #Ijok #OKS #Teraju #kolaborasi #KualaSelangor
#drdzulkeflyahmad
Foto Parti Amanah Negara.
Alhamdulillah pagi ini diberi peluang untuk merasmikan Kempori Pengakap Selangor 2018. Tahniah kepada SK Assam Jawa kerana dipilih menjadi tuan rumah bagi tahun ini.
.
Seramai 1029 ahli pengakap yang terdiri daripada pengakap muda dan remaja menyertai program kali ini. Ianya satu usaha yang sangat baik dalam membentuk sahsiah dan jati diri dalam diri anak muda masa kini.
Foto Khalid Samad.
Foto Khalid Samad.
YB Menteri Wilayah mencuba perkhidmatan feri dari Labuan ke Menumbok hari ini. Ini berikutan permintaan warga Labuan yang ingin perkhidmatan feri tersebut ditambah baik. Isu pengoperasian, tahap keselesaan, jumlah laluan harian dan semasa peak season serta keperluan ketika kecemasan sedang diberi penelitian khusus oleh Kementerian Wilayah dan Perbadanan Labuan.
Foto Parti Amanah Negara.
13/9/2018 - YB Timbalan Menteri Kerja Raya, Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd Tahir telah hadir bertemu dengan Warga JKR Melaka.
Beliau sangat teruja dengan khidmat yang disumbangkan oleh Encik Mohamed bin Majid, pesara JKR Negeri Melaka yang mencatat rekod selaku individu paling lama berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 45 Tahun 10 Bulan dan 21 Hari.
“Yang Menjalankan Amanah”
Foto Parti Amanah Negara.
Hari JUMAAT yang sibuk bagi Ketua Menteri MELAKA, YB ADLY. Sibuk untuk rakyatnya menyelesaikan segala masalah dan memberi khidmat terbaik untuk rakyatnya bersama dengan pegawai-pegawai kerajaan Negeri Melak dan Pegawai Dun Bukit Katil.
1. Hari Bertemu Rakyat setiap Jumaat diteruskan lagi.
Alhamdulillah hari ini saya dapat bertemu dengan rakyat di Dewan Seri Bendahara. InsyaAllah kita akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan semua aduan yang telah diterima.
2. InsyaAllah sesibuk mana pun tugasan menguruskan negeri, setiap petang Jumaat saya akan cuba turun melawat DUN Bukit Katil dan menziarahi beberapa buah keluarga yang sedang ditimpa kesusahan.
Ya Allah kau berikanlah kesembuhan kepada mereka yang sedang sakit, berikankanlah kesenangan kepada mereka yang sedang susah dan berikanlah kebahagiaan kepada mereka yang sedang berduka cita. Amin.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena