Tuesday, 11 September 2018

[Video Jet Pejuang SUKOI-30MKM Mat Sabu] AMANAH sangat popular sekarang? Ramai akar umbi Umno memilih Mat Sabu! Kerjasama Pas Umno "Boleh ke diesel dicampur petrol akan dapat menggerakkan enjin?" Berasssap lah Bro.

Selasa, 11 September 2018


Mat Sabu Balas Pantun Dengan Najib 


Image result for Gambar sukhoi TUDM

PARTI MANA YANG MENGGANTIKAN UMNO..

BERSATU hanya ada tempoh terhad untuk susun, bangkit dan setanding dengan umno. Sekarang ini jangankan umno,  tercorot dari AMANAH dalam semua perkara.  Mana ranting mana cabang mana dahan mana pokok?

BERSATU hanya hidup atas ucapan² Tun  tetapi perkembangan dan gerakan dibawah tidak seiring. Melihat kepada track rekod Muhyiddin,  Mukhriz dan Setiausaha Agung - memang

BERSATU PERLU KEPADA TOKOH BARU YANG BERPENGARUH

BERSATU PERLU KEPADA TOKOH BARU YANG BERPENGARUH.
AMANAH sangat popular sekarang khusus di kawasan DUN dan PARLIMEN yang mereka kuasai,  ramai akar umbi umno memilih AMANAH kerana kepimpinan di atas majoriti bukan berasal dari umno dan mereka terima semua permohonan keahlian tanpa prasangka buruk.

Kalau ada rezeki Anwar sebagai PM,  PKR satu satunya parti yang boleh menggantikan umno sebagai dominan Melayu walaupun keahlian PKR terbuka kepada semua kaum. Parti ini juga mempunyai pelapis kepimpinan yang sudah diuji dan mampu bergabung menguatkan parti mengurus negara walaupun tanpa Anwar.

Malangnya kesatuan itu tidak mampu bertahan sepenuhnya kerana bibit perpecahan bakal ada akibat pertandingan Rafizi Azmin.
Rafizi telah memulakan satu kempen yang tidak sihat bukan sahaja untuk menang sebagai Timbalan Presiden tetapi memang ada hajat untuk mengusir Azmin keluar dari PKR.

Peluang ini mereka tunggu sudah lama sejak Anwar dipenjarakan kerana Azmin dilihat menguruskan PKR sebagai Timbalan Presiden dengan cara membelakangi wan azizah dan arahan anwar dari penjara.

Malah insiden kegagalan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor adalah suatu sejarah pahit dan titik dendam ini mula membengkak. Azmin makin naik tocang dan mengembangkan kuasa dan pengaruh selepas menjadi MB.

ertarungan kuasa dan pengaruh antara Anwar dan Azmin sedang berlaku walaupun Azmin hanya mempertahankan Timbalan Presiden kerana umum mengetahui Rafizi adalah bayangan Anwar.

Apakah PAS mampu ambil alih dan ganti umno mewakili Melayu dan Islam.
Sudah lama orang Melayu mengharapkan sedemikian khususnya selepas Tun bersara dan Paklah ambilalih.

Malangnya PAS bersama Pakatan Rakyat dan menghalalkan DAP di era Nik Aziz.
Harapan yang sama pada PAS di era Najib sebaik sahaja keluar dari Pakatan Rakyat tetapi sekali lagi malang kerana Hadi lebih mesra Najib sedangkan pada ketika itu orang Melayu sedang mula tolak umno. Wrong timing.

PAS PERLU ADA DAN TUKAR KEPADA KEPIMPINAN BARU, BELUM ADA YANG MENONJOL. DIHARAP BARISAN MB DAN EXCO PAS TERENGGANU MELAHIRKAN PEMIMPIN YANG LEBIH NASIONAL. .

Hari ini seolah PAS dan UMNO akan bekerjasama rapat tetapi sejauh mana diesel dicampur petrol akan dapat menggerakan sebuah engine yang lancar? 
Apakah umno akan bangkit semula? Siapa pemimpin tersebut? Najib semula?  Lokman adam? Zahid?

Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena