Wednesday, 12 September 2018

[Video Terkini! Betui ka Najib Rosmah punca sebenar rakyat tolak Umno] Langkah PD - PAS nak kuda MIC ganggu Anwar & DSAI perlu segera ke Parlimen. Nokhtah!

Khamis, 13 September 2018
Langkah PD - PAS nak kuda MIC ganggu Anwar... 
Image may contain: 1 person, text
Seperti mana kita sedia maklum kerusi parlimen Port Dickson menjadi pilihan Anwar Ibrahim sebagai pintu beliau memasuki parlimen kemudian menuju ke Puterajaya. 

Terima kasih perlu diucapkan kepada Danyal Balagopal Abdullah, menawarkan kerusinya untuk Anwar. Pengorbanan Danyal sangat mahal demi memenuhi sebuah pernantian ramai melihat bagi Anwar jadi PM? 

Seperti mana kata Anwar, banyak rakan yang menawarkan kerusi buatnya tetapi dia tertarik untuk memilih Daynal. Kata Anwar dia memilih tawaran daripada rakan yang ikhlas daripada rakan yang bermuka-muka. 
Bagi saya mengapa Port Dickson jadi pilihan mungkin kerana peratus pengundi India tinggi di situ. Peratus India 21.97%, sementara Cina 33.11% manakala Melayu 42.72%. Sekiranya Melayu tidak memberi undi cukup Anwar menang dengan undi India dan Cina sebanyak 55.08%. 

Ada kemungkinan Anwar kurang mempercayai Melayu menyebabkan beliau memilih Port Dickson. 

InsyaAllah dalam masa seminggu lagi kita akan mengetahui tarikh penamaan calon dan hari mengundi yang akan diputuskan oleh SPR. SRM dijangka akan bermesyuarat paling awal minggu depan untuk memutuskan tarikh-tarikh penting itu. 

Saya menjangkakan pengundian akan diadakan awal Oktober. Kalau ini betul bermakna Anwar akan melangkah masuk ke parlimen sehari awal persidangan kedua penggal parlimen ke 14 pada pertengahan Oktober hadapan. Hendaknya tempoh berkempen tidak sepanjang di Pirake Seri Setia dan Balakong. 

Apa yang hendak diingatkan pilihan raya itu, segala persiapannya perlulah dilakukan secara bersama parti komponen PH, Bersatu, DAP dan Amanah. Tentunya Anwar dan PH sendiri memerlukan kemenangan besar. 

Persoalan timbul apakah BN yang kini bekerjasama dengan Pas akan meletakkan calon daripada MIC untuk menganggu Anwar? Ini kerana semua parti pembangkang Umno, MCA dan Pas masing-masing telah pun merasai bagaimana pahitnya untuk mengalahkan PH dalam Pirake lepas. 

Atau sebaik-baiknya untuk tidak menjadikan pilihan raya itu penuh dengan pembaziran, elok kalau Anwar diberikan menang tanpa bertanding. - MSO 
Puak2 yang suka meroyan memang cam nilah style depa... 
Image may contain: 1 person, text
Tumpang sekole.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena