Sunday, 10 February 2019

[Video Amanah lapor polis fitnah oleh PAS] Kenapa yang banyak fitnah ni walaun ye? Memang benar Pas ganti Umno ke?

Ahad, 10 Februari 2019
Semua laporan polis itu dibuat di Balai Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah
「Foto Pas ganti umno」的圖片搜尋結果
Pesuruhjaya PAS Melaka disaman kerana menfitnah kerajaan negeri Melaka..
Kemudian Pesuruhjaya PAS Melaka jata takkan nak kritik kerajaan pun tak boleh.
Soalnya kritik dengan fitnah berbeza, jadi sedialah tabung derma jihad ye..
Kenapa yang banyak fitnah ni orang PAS ye? Memang benar PAS ganti UMNO ke?

Lima laporan polis terhadap Pesuruhjaya PAS Melaka

MELAKA: Lima laporan polis dibuat Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Melaka, AMANAH Kawasan Alor Gajah, Angkatan Wanita (AWAN) Alor Gajah, dan Pemuda AMANAH Kawasan Alor Gajah, terhadap Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sidek, yang didakwa memfitnah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) serta kerajaan negeri.
Semua laporan polis itu dibuat di Balai Polis, Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Alor Gajah.
Timbalan Pengerusi MAIM Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab, berkata laporan terbabit dibuat berikutan ceramah oleh Kamaruddin pada majlis ceramah PAS dan UMNO di Kampung Pulau, Durian Tunggal, Alor Gajah, baru-baru ini.
“Dalam ceramah itu, pesuruhjaya PAS Melaka membuat kenyataan berhubung isu pelantikan jawatankuasa masjid dan isu tabung masjid dan kenyataan dibuatnya tidak tepat dan menjadi satu fitnah yang amat serius.
“Dia (Kamaruddin) mendakwa kutipan derma infak orang ramai di masjid akan diambil alih MAIM, sekali gus jawatankuasa masjid tidak boleh mengurus sendiri kutipan tabung.
“Selepas sebut perkara itu, dia minta media yang hadir tidak memasukkan kenyataan dalam kandungan berita kerana belum sah, sedangkan video ceramahnya dapat ditonton secara langsung menerusi Facebook,” kata Mohd Sofi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kemudahan Awam negeri.
Selain itu, Mohd Sofi berkata, Kamaruddin dalam ceramah terbabit turut mendakwa jawatankuasa masjid di negeri ini sudah lapan bulan tidak berfungsi sejak diambil alih kerajaan yang baharu.
Beliau berkata, tuduhan itu bukan sahaja berniat jahat terhadap kerajaan tetapi juga kepada MAIM dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang bertanggungjawab menguruskan masjid.
Katanya, isu tuduhan jawatankuasa masjid yang sudah lapan bulan tidak berfungsi sebagai fitnah semata-mata kerana jawatankuasa sedia ada yang dipilih dari zaman kerajaan terdahulu bertanggungjawab sehingga 31 Disember lalu,.
“Tempoh jawatankuasa masjid di seluruh Melaka berakhir 31 Disember lalu, dan ketika ini, pegawai syarak bertanggungjawab mengurus sementara masjid sehingga kita jangkakan jawatankuasa baharu lengkap sepenuhnya 20 Februari ini.
“Setakat ini, empat masjid sudah melantik jawatankuasa baharu,” katanya sambil mengesahkan terdapat 185 masjid di seluruh negeri Melaka.
Justeru, Mohd Sofi berkata, pihaknya sudah meminta Penasihat Undang-Undang MAIM dan Pengurusan Masjid JAIM meneliti tuduhan dibuat Kamaruddin dan tindakan seterusnya berkaitan perundangan akan diputuskan kemudian.
Dalam pada itu, Naib Ketua Pemuda AMANAH Melaka Fakhrul Razi Hamdan dalam satu kenyataan berkata, mereka yang membuat laporan polis terhadap kenyataan Kamaruddin, menuntut siasatan dilakukan kerana ia bermotifkan politik dan cuba menghakis kepercayaan masyarakat Islam di negeri ini terhadap pentadbiran pentadbiran agama Islam oleh MAIM di Melaka.
BH Online.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena