Sunday, 10 February 2019

[Video JANGAN DIBERI SUSU, TUBA DIBALAS] Pas vs Sarawak Report: Versi yang diluar kotak untuk sama2 kite fikir! 'Pas dan RM90 juta' akan menjadi satu lagi dokumen sejarah khasnya dalam aspek politik di Malaysia..

Ahad, 10 Februari 2019
Otai BERSIH
Pas Vs Sarawak Report: Versi yang diluar kotak untuk sama2 kite fikir.
AYUH kita sama-sama membuat analisa satu isu besar membabitkan orang politik dan sebuah organisasi politik besar negara. Isu atau kisah itu saya namakan sebagai “Pas dan RM90 Juta”. Isu ini akan menjadi satu lagi dokumen sejarah khasnya dalam aspek politik di Malaysia.

Pas Vs Sarawak Report: Versi yang diluar kotak untuk sama2 kite fikir..

Gambar ini menunjukkan kemesraan para
pemimpin Pas dengan Najib Razak.
AYUH kita sama-sama membuat analisa satu isu besar membabitkan orang politik dan sebuah organisasi politik besar negara. Isu atau kisah itu saya namakan sebagai “Pas dan RM90 Juta”. Isu ini akan menjadi satu lagi dokumen sejarah khasnya dalam aspek politik di Malaysia.

Isu atau cerita ini melatari denai kehidupan (perjalanan) Parti Islam seMalaysia (Pas) muasir ini. Isu ini bermula sebelum pilihan raya umum lagi. Ia bermula apabila sebuah portal berita, Sarawak Report, yang didaftarkan di London mendedahkan kononnya, Najib Razak telah memberikan wang RM90 juta kepada para pemimpin Pas. 

Portal itu melaporkan Umno telah menyalurkan wang lebih kurang RM90 juta ke dalam akaun beberapa pemimpin tertinggi Pas. Ia adalah sebagai habuan untuk menyokong dan bekerjasama dengan Umno.

Jika ini benar terjadi, saya lebih suka menyebut ia sebagai untuk mengabui mata para pemimpin dan ahli-ahli Pas. 

Pas marah berapi-api dengan pendedahan itu? Lalu tanggal 21 April 2017 Pas memfailkan saman terhadap SR dan Editornya Clare Rewcastle-Brown di Mahkamah Tinggi London. Tindakan saman oleh Pas ini adalah langkah yang tepat untuk membersihkan maruahnya. 

Manakala dalam pernyataan atau saman balas dikemukakan oleh Clare terhadap Abdul Hadi Awang, beliau menyebut, Hadi bersekongkol dengan Najib untuk cemarkan kredibiliti dan nama baik SR. Maksudnya Clare menolak tuduhan Pas terhadapnya itu. 

Bagi Pas tuduhan Clare itu sangat berat. Menerima wang seperti itu adalah rasuah, dan rasuah atau "tumbuk rusuk" bertentangan dengan amalan dan prinsip hidup pemimpin Pas. Sejak parti itu ditubuhkan lebih 60 tahun lalu belum ada mana-mana pemimpin Pas diseret ke mahkamah atas isu rasuah? Rekod ini satu kebanggaan merbau buat Pas.

Rasuah hanya relevan dikaitkan dengan Umno-BN. Apabila ia membabitkan Najib sendiri, memberi wang itu, menyebabkan ada sedikit kerelevansinya. Apa lagi Najib dikenali suka memberi wang. Beliau sangat mempercayai kuasa wang; Cash is king adalah slogannya. Slogan dan keyakinan inilah menyebabkan Dr Mahathir Mohamad marah kurba kepadanya. 

Pendedahan SR dijadikan modal.

Pendedahan SR itu sesuatu yang keji bagi Pas dan mengaibkannya. Dalam politik ia risiko membebankan kerana ia dijadikan modal oleh musuh-musuh Pas. Musuh Pas akan menggunakan laporan itu untuk membusuk-hanyirkan parti agama itu. Walaupun ia agak sukar untuk dipercayai kerana orang Pas sinonimas dengan kopiah dan serban, namun jika lama kelamaan “fitnah” atau berita itu dimainkan ia akhirnya dipercayai juga.

Bagaimana pun tindakan undang-undang diambil Pas ini dilihat telalu sukar baginya. Saman itu pula perlu dibuat dimahkamah di London. Kenapa? Ia terlalu jauh dan memerlukan biaya yang tinggi dan proses perbicaraan yang penuh profesional. Kenapa tidak disaman dalam negara sahaja? Persoalan juga timbul kenapa menyaman SR tetapi tidak individu lain yang juga ada membangkit perkara itu seperti antara Husam Musa dan Rafizi Ramli. 

Rafizi lebih berani dengan kenyataanya apabila sedia membuat akuan bersumpah (SD) untuk menyokong tuduhannya itu. Pas nampaknya diam membisu dan hanya mengugut tetapi tidak berani melaksanakan. Sebaik Husam mendedahkan perkara itu Pas bukan main lagi tangkas membuat kenyataan akan menyaman Husam. Pas jadi berani macam kera di "selongen", tahu nganga mulut tetapi bacul untuk bertindak.

Namun sampai ke hari ini Pas tidak mengiring Rafizi dan Husam ke mahkamah. Kegagalan itu menyebabkan orang melihat Pas sebagai bersalah, kerana kalau ia dipihak benar pasti tidak akan membiarkan Husam dan Rafizi menjaja fitnah itu. 

Patut diamkan diri.

Tindakan Pas menyaman SR itu dilihat tidak praktikal. Beberapa pemerhati politik yang simpati kepada Pas memberi pendapat, sepatutnya Pas mendiamkan diri sahaja. Membiarkan sahaja tuduhan SR itu. Lagi pun ramai yang tidak baca laporan itu. Kalau pun ianya diheret oleh parti lawan, termasuk Keadilan dan Amanah serta DAP, apalah sangat kesannya. Dan orang akan menerimanya sebagai semestinya begitu kerana mereka adalah musuh Pas. Pas boleh tangkis begitu sahaja tanpa berpenat lelah dan menghabiskan wang.

Namun emosi membuak-buak dalam diri Pas, menjadikan mereka lupa untuk menghening cipta dan bertindak dengan berhemah. Disinilah Pas tidak cekap dan tidak fatanah membaca apa yang akan berlaku. Walhal laporan itu sengaja hendak memerangkapkan Pas. Memberi keributan kepada Pas dengan motif tertentu. Ternyata akhirnya benar, dengan apa yang berlaku kini Pas terjerut dalam jerat yang dibuat oleh SR itu, apabila saman ditarik balik. 

Berjuta duit telah dibelanjakan untuk saman berkenaan. Anggaran kasar lebih RM2 juta. Yang jadi mangsa ialah ahli dan penyokong Pas. Atas kepercayaan setiap sen dibebankan untuk perjuangan Pas akan mendapat imbuhan syurga, ahli tanpa berfikir panjang mengorek kocek seluar dan baju masing-masing. 

Dengan meletakkan kepercayaan kepada peribadi zahiriah Pas sebagai bersih, ahli yakin Pas akan menang. Abdul Hadi sendiri memberi keyakinan saman itu akan dimenangi. Dalam satu kenyataan beliau mengatakan keyakinan itu bahkan ada pihak yang berusaha untuk menyuruh Clare tarik balik.

Susulan mahkamah menolak permohonan (interlocutry proceeding) oleh Clare yang mahu pindaan pembelaan dan mahu perbicaraan berasingan dengan kes utama, dengan mahkamah perintah membayar sebanyak RM156,017 kepada Abdul Hadi, ia dianggap oleh Pas mereka sudah menang kes itu. 

Penolakan dan perintah bayar  segera itu juga disebarkan sebagai rahmat dan bantuan daripada Allah s.w.t. Apa lagi ahli Pas di kampung pun bersorak dan terloncak-loncat macam beruk kena belacan, dan ada yang sampai terlondeh kain hingga ternampak “telor” kerana saking gembira.

Penolakan dengan dikenakan kos itu sudah tentu menjadikan SR sedikit gusar dan resah. Namun dalam Rewcastle-Brown terkial-kial mencari bukti atas pertuduhan itu, yang hanya berasaskan kepada dengar cerita, tiba-tiba pecah pula rakaman rakam suara yang memberi tahu atau mengiyakan yang Pas menerima duit Umno. 

Rakaman suara itu diberi jolokan “Ana Tahu, Ana Tahu” dibabitkan dengan ahli Parlimen Bachok yang juga putera politik arwah Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Muhammad Abduh. Suara itu dirakam dalam satu pertemuan “Nik Abduh” dengan beberapa jemaah Pas disuatu tempat. Katanya di Puchong. Bagaimana pun Nik Abduh menafikan bahawa suara dalam rakaman itu sebagai suaranya. 

Kata Nik Abduh, “Dakwaan rakaman ucapan saya itu adalah karut, mengarut dan fitnah ke atas diri saya, malah juga secara langsung dan sengaja ke atas parti Pas yang sejahtera daripada terlibat dalam perkara yang diharamkan oleh Islam termasuk memakan rasuah politik Umno atau membuntut diekor DAP."

Namun selepas pita rakaman itu dihantar ke makmal di London untuk dianalisis dan mengesahkan suara itu suara Nik Abduh, secara automatik penafian Nik Abduh itu tertolak. Malahan peguam Pas sendiri mengakui yang suara itu adalah asli suara Nik Abduh. Pengesahan itu menyeronokkan Clare kerana ia mendapat bukti sampingan baru.

Penarikan balik saman.

Selepas “kemenangan” awal itu, orang ramai khasnya ahli Pas menunggu dengan penuh minat untuk mengikut perbicaraan itu seterusnya. Orang Pas jadi semakin ghairah untuk berkorban. Setiap sen yang mereka sumbangkan untuk membantu kos guaman Pas mahu dilihat hasil dan diharapkan ia menjadi derma sebagai saham untuk menjenguk syurga.

Dalam keghairahan itu, keadaannya kini macam anti klimek pula, apabila cerita Pas saman SR itu seakan hendak berakhir apabila Pas menarik balik hasrat itu. Penarikan balik itu diumumkan menerusi satu kenyataan akhbar tiga perenggan oleh setiausaha politik Abdul Hadi pada 2 Februari lalu.

Penarikan balik saman itu menjadi buah mulut dan persoalan umum. Persoalan juga timbul kenapa ia dibuat oleh setiausaha politik bukannya oleh Abdul Hadi sendiri ataupun Setiausaha Agung. Kenapa semasa nak umumkan tindakan saman Setiausaha Agung yang ke hadapan?

Saya sendiri mulanya anggap kenyataan media penarikan itu ia hanya berita palsu untuk mempermainkan Pas sahaja. Sepatutnya kenyataan penarikan balik itu dibuat oleh Hadi sendiri dalam sidang khas. Apabila ia dibuat oleh pihak lain, nampaklah penarikan balik itu bukan sesuatu berita atau tindakan yang melabakan Pas. Kalau ia sebuah tindakan melabakan Pas, pastilah Hadi atau Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan sendiri melakukannya.

Kenyataan media berhubung penarikan balik itu menyebut empat perkara; 1. Abdul Awang menarik balik tuntutan (claim) terhadap defenden. 2. Clare Rewcastle-Brown menarik balik tuntutan balas (counter claim) terhadap  Abdul Hadi Awang. 3. Tiada perintah berkenaan kos (no oder as to costs), dan 4. Kedua-dua pihak adalah tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan mengenai terma-terma berkaitan penyelesaian ini.

Penarikan itu konon atas persetujuan kedua pihak. Terma persetujuan tidak pun diumum dan tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan berkaitan terma-terma penyelesaian ini. Ini menjadikan ia penuh rahsia dan misteri. Kenapa? Kenapa dan kenapa?

SR menang.

Dari segi moralnya penyelesaian itu memberi kemenangan kepada SR.SR tidak mengalami apa-apa kecacatan atau damage. SR tidak membuang pun laporan yang didakwa Pas itu sebagai fitnah. Ia kekal dalam portal berkenaan seperti mula dimuatkan.

Sebaliknya walaupun dengan penyelesaian itu Pas tidak perlu bersusah payah menadah tangan dan mengarah ahli membawa “tin milo” mendapat derma, tetapi dari segi moralnya ia tercalar. Penyelesaian yang dilihat pelik dan ganjil inilah membuka ruang dan menarik minat kepada kita untuk menganalisa kasus ini.

Saya mulanya tidak mahu menyentuh perkara ini. Awal-awal saya sudah membuat perkiraan, kalau benar Najib bagi duit kepada Pas, ia tidak pelik dan ia bersifat ada udang di sebalik batu. Ada sesuatu yang Najib ingin dan mahukan daripada Pas.

Orang kaya tidak semudah itu memberi wang kepada orang miskin tanpa mengharap apa-apa balasan. Orang kaya sering kali menggunakan kekayaan untuk kepentingan dirinya. Tambahan lagi orang kaya itu seorang ahli politik, lagilah.

Umum faham situasi yang dihadapi Najib ketika itu. Najib dan kerajaan BN sangat tertekan. Isu dan skandal 1MDB mengancamnya, menjadikan kerajaannya makin goyah. Justeru dia memerlukan tongkat untuk dan bantuan. Jawaban telah pun ada, dalam pilihan raya umum ke 14 kerajaan Najib tumbang. Situasi itulah membuat Najib jadi baik dan mengatur kerjasama dengan Pas sebelumnya. Wang itu adalah sebagai umpan. 

Pas pula menjadi gelap dan berpinar biji mata. Ada dalil kalau kita mengatakan Pas menerima duit. Apabila dilihat kepada pilihan raya lalu, Pas berbelanja menyediakan logistik pilihan raya parti itu sangat mewah. Bendera Pas bersaiz besar daripada biasa berkibar di mana-mana sahaja, dalam sungai, laut, atas bukit, dipuncak gunung. 

Kemewahan Pas ini sangat menyerlah pada pilihan raya lepas, di mana keadaan ini belum pernah terjadi sebelum ini dalam 13 pilihan raya sebelum ini. Jadi adalah munasabah kalau dikaitkan kemewahan Pas itu ada hubung kait dengan wang RM90 juta.

Persoalannya kenapa tarik.

Persoalan kini kenapa saman itu ditarik balik. Apakah perkembangan terbaharu yang berlaku, atau apakah wahyu yang baru turun di Russila, Terengganu. Tidak mungkin kalau tidak ada mengada tempua bersarang rendah. Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin. Demikian kenapa Allah memerintahkan kaum Muslimin menghubah arah kiblat dari arah Masjid al-Aqsa ke masjid Haram  ada sebab musababnya.

Atau apakah mimpi dan waridat baru Abdul Hadi untuk membuat penarikan itu. Apakah SR yang mencadangkan. Tidak mungkin orang seperti Clare Rewcastle-Brown, bermimpi dahulu kerana dia tidak tahu menabir mimpi.

Buktinya kalau Clare yang menarik, tentu ada ganti rugi kepada Pas yang perlu dibayar. Tidak. Penyelesaian ini tidak membabitkan sebarang kos. Di sinilah kita merasakan ada sesuatu yang mendesak dan menekan Pas untuk menarik saman itu.

Untuk menganalisa hal ini ada beberapa perkara yang perlu dikaji. Pertama ialah dari manakah munculnya idea untuk menyaman SR itu? Dan apakah sebab saman itu kemudian ditarik balik.

Di sinilah, versi baru yang saya sebutkan semalam dan akan saya buka ceritanya di sini. Ada orang yang memasang jerat untuk memerangkap Abdul Hadi dan Pas. Siapa? Kita terus beranalisa.
Sumber- MSO

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena