Saturday, 9 February 2019

[Video Muhyiddin ulas kerjasama Umno-PAS di PRK Semenyih] REKOD BERSIH PAS PECAH yang selama ini tidak pernah terkait dengan 'rasuah'! Asri: Sebut Ayob Khan terbayang muka Zamihan & Apa yang Ayob cakap, itulah juga yang Zamihan cakap.

Sabtu, 9 Februari 2019
Otai BERSIH
REKOD BERSIH PAS PECAH..
Dipanggil oleh SPRM untuk disiasat bukan bermakna seseorang itu sudah bersalah. Kalau pun seseorang itu didakwa di mahkamah sekalipun, tetapi selagi mereka tidak didapati bersalah, maka ia tidak boleh dianggap bersalah.
Bagaimana pun kehadiran sekurang-kurang dua orang bekas pemimpin Pas di pejabat SPRM hari ini sedikit sebanyak boleh menimbulkan persepsi huduh terhadap Pas. Kehadiran mereka itu sebagai memecah rekod bersih Pas selama ini yang tidak pernah terkait dengan “rasuah”.
Ada pemimpin PAS didapati membeli kereta-kereta mewah secara tunai.
SPRM akan memberi perhatian kepada kereta mewah, motosikal berkuasa tinggi dan banglo milik beberapa pemimpin PAS dalam siasatan terkininya terhadap beberapa pemimpin parti itu.
Menurut sumber SPRM, agensi tersebut telah mengenal pasti beberapa pemimpin PAS menggunakan kereta mewah dan juga membeli rumah banglo.

Asri: Sebut Ayob Khan terbayang muka Zamihan

Apabila bercakap mengenai Pengarah Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin akan segera terbayangkan wajah pendakwah bebas, Dr Zamihan Mat Zin.
Ini kerana menurut Mohd Asri, kedua-dua individu tersebut mempunyai banyak persamaan.
“Saya bila sebut Datuk Ayob Khan, saya bukan bayangkan muka beliau, tapi saya bayang muka Zamihan. Muka dia (Ayob) pun saya bayang jugalah. Bukan apa, saya nampak kedua-dua individu ini sama saja. Apa yang Ayob cakap, itulah juga yang Zamihan cakap.
“Bagi saya mereka ini mempunyai pandangan yang begitu sempit, mana tidaknya, dobi tak boleh kongsi Islam dan bukan Islam, malah perkataan kafir itu di bibir saja.
"Kenapa kita ambil penasihat (agama) yang perwatakan begitu keras dalam pandangan ekstrem dan sebagainya," katanya ketika mengulas berhubung siri tangkapan beberapa individu dari kumpulan Salafi Jihadi di Perlis pada September tahun lalu.
Mohd Asri berkata demikian dalam forum bertajuk Sosma: Siapa Pengganas Dan Potensi Salah Guna Kuasa di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, hari ini.
Mohd Asri dan Zamihan berseteru sejak sekian lama kerana perbezaan pandangan antara mereka.
Zamihan dikenali sebagai tokoh yang lantang membuat dakwaan berkaitan fahaman Wahabi dan Syiah di negara ini.
Selain Mohd Asri, antara tokoh yang pernah menjadi sasarannya ialah Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad dan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris Dr Rozaimi Ramle.
Manakala Mohd Asri pula kerap mengkritik pendekatan keras pendakwah berkenaan termasuk memaki hamun dan melabel Muslim lain sebagai "kafir harbi".
Beliau turut mempertikaikan pemilihan Zamihan sebagai jurupulih akidah anggota kumpulan pengganas sebelum ini.
Perbezaan pendapat dan perang mulut antara mereka termasuk dalam isu membabitkan kewujudan kedai dobi khas untuk Muslim di Johor.
Selain Zamihan, Mohd Asri juga pernah mengkritik Ayob kerana menyarankan agar pihak berkuasa agama memantau ahli akademik dan agamawan yang kerap menggunakan petikan atau fatwa daripada ulama kontroversi, Ibnu Taimiyyah.
Ayob pada 2016 berkata siasatan polis mendapati kumpulan pengganas seperti IS menyelewengkan fakta ulama itu untuk menghalalkan tindakan militan mereka.
Kata Ayob, berdasarkan pengakuan dan bahan propaganda, terdapat banyak fatwa Ibn Taimiyyah diselewengkan IS untuk mewajarkan tindakan ganas mereka.
Pandangan itu bagaimanapun ditolak Mohd Asri yang tampil menempelak Ayob kerana didakwa “memfitnah” Ibn Taimiyyah.
Menurut Mohd Asri, seseorang anggota polis tidak patut melibatkan diri dalam pertembungan aliran pemikiran dalam Islam.
Pesanan pada polis - Allah maha melihat
Sementara itu, Mohd Asri turut mengingatkan anggota polis yang terlibat dalam penguatkuasaan akta drakonian seperti Sosma supaya tidak menyeksa tahanan yang didakwa sebagai pengganas.
Tanpa menidakkan jasa dan bakti Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjaga keselamatan dan keamanan negara selama ini, Asri menegaskan pihak berkuasa itu tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya.
“Polis ini banyak kerja baik yang telah dibuat terutamanya membabitkan keselamatan, bahkan banyak lagi kebaikan lain dicurahkan kepada negara kita, itu kita tak boleh nafikan jasa PDRM. Namun, apabila kita membicarakan hal-hal seperti tahanan, ada cerita-cerita hitam lain.
“Saya nak ingatkan kepada anggota polis bahawa hidup ini bukan hanya di balai polis sahaja, ketika (polis) ada jawatan, hidup ini luas. Polis juga ada kehidupan, ada anak dan isteri.
“Jadi ingatlah seperti mana kita lakukan kepada orang lain. Allah itu maha menyaksikan, mungkin kita sangka orang lain tak boleh ambil tindakan kepada kita, tapi Tuhan boleh bertindak ke atas kita, menentukan percaturan hidup dan penderitaan kita. Ini bukan ingatan saya saja tapi daripada semua pihak,” katanya.
Beri takrif keganasan
Selain itu Mufti Perlis itu turut berpendapat bahawa Malaysia Baru di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) perlu memberi takrifan dan definisi yang jelas mengenai pengganas dan terrorisme.
Tegas Mohd Asri perkara itu perlu kerana tanpa definisi yang jelas telah membuka ruang yang luas kepada pihak berkuasa membuat tuduhan sewenang-wenangnya kepada pihak tertentu sebagai pengganas.
“Situasi ini telah memberi ruang sebebas-bebasnya untuk pihak berkuasa membuat tuduhan.
"Walaupun saya tidak bersetuju dengan ‘school of thoughts’ mereka (salafi jihadi) tapi itu tidak menafikan mereka itu untuk mendapat hak yang adil apabila dituduh mesti dibicarakan dengan cara yang adil.
“Kita perlukan satu sistem mahkamah yang memberikan keadilan yang benar-benar tulus.
"Selain itu, kita juga perlu ada semak dan imbang supaya anggota-anggota petugas polis ini tidak membuat tuduhan sewenang-wennagnya menggunakan kuasa iaitu kuasa polis untuk tuduhan seperti ini,” tegasnya.
Malaysiakini

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena