Berjayalah satu objektif UMNO 'game'kan PAS
1. Mula-mula bagi dua tiga orang pemimpin UMNO himpit pemimpin PAS. Ini kerja Ku Nan, Jamil Khir dan Azeez. Target pemimpin PAS yg baru-baru nak kenal dunia macam setpol Presiden - Dr Sam, Tantawi dan Abduh. Runner dia Suwardi.
2. Dah himpit-himpit tu payung la apa2 yg patut. Mula2 sponsor program-program parti (geng-geng ni suka buat himpunan macam-macam nama), pastu hulur-hulur la kalau ada keperluan sana-sini. Kalau ada yang masuk hospital boleh la bagi duit ziarah, setakat ratus ribu apa la sangat untuk UMNO.
3. Bila dah rapat boleh la buat deal. Aku tolong hang, hang tolong aku. Hang nak buat hudud kan? Aku tolong hang.
4. Maka terjadilah sejarah RUU355. Tapi hang kena tolong kami ler. Kena matang dan sejahtera la pada kami. Kena pertahankan Melayu dan Islam. Kena benci DAP - DAP tu musuh Melayu dan Islam. Boleh?
5. Maka bersungguh-sungguh lah dengan RUU355. Himpunan sana-sini. Saling payung memayung antara PAS dan UMNO. Makin rapat makin sedondon. Maka pakatan pembangkang dihina dan dipijak-pijak. Berpisahlah PAS dari pakatan pembangkang.
6. Berjaya lah satu objektif UMNO 'game'kan PAS.
7. Datang PRU14, UMNO tahu dia tenat. Sokongan rakyat dah jatuh bawah 40%. Logiknya kalau lawan 2 penjuru lingkup lah BN. 40% mesti kalah dengan 60%. Apa lagi ruang yg ada? Pecahkan sokongan pembangkang yg 60% tu la! PAS kan ada.
8. Maka terancanglah plan agar PAS bertanding sebanyak mungkin kerusi untuk mewujudkan tiga penjuru. Maka PAS yg asalnya nak bertanding 40 kerusi jadi kemudiannya 80 kerusi kemudiannya 120 kerusi kemudiannya 150 kerusi kemudiannya 160 kerusi. Nah! Maka PAS pun kena lah ada justifikasi, mula-mulanya King Maker sekarang apa? Apa? Gelombang Hijau? Mmmm...
9. Maka BN pun turut berkempen untuk PAS. Tiada lagi caci maki dan bahkan puji-pujian. TV1, TV3, Utusan pun dah ambik tempat Harakah. Takkan lah duit UMNO yg billion-bilion tu tak bagi sikit kat PAS. Bukan sikit belanja 160 kerusi tu. Takat sponsor bendera tak cukup bang..
10. Maka begitulah kisah hubungan berkasih dalam gelap antara PAS dan UMNO selama ini. UMNO untung, PAS kena 'game'. Yang dapat labanya dua tiga kerat pemimpin sahaja. Macam Nik Abduh sebut dalam audio dia tu lerr "..untung lah ambik duit UMNO.." Ahli PAS pun tak tahu. Bukan ahli bawah ja yang tak tahu. Pimpinan-pimpinan kawasan pun tak tahu. Apa taknya, setiap kali kantoi cover baik punya. Bohong pun dah jadi sunat muakkad.
Oleh : Bekas khadam balun Jebon (X-RTI)
0 comments:
Post a Comment