Saturday 9 February 2019

[Video SAKSI HIDUP sudah hidup?] Hallo SPRM derrr! Bekas Anggota Parlimen Johor (bekas ahli lembaga pengarah Felda) ditahan SPRM.

Ahad, 10 Februari 2019
Image may contain: 2 people
Image may contain: food

Bekas Ahli Parlimen bergelar Datuk ditahan SPRM 

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas anggota Parlimen Johor, atas tuduhan rasuah.

Menurut sumber, individu bergelar Datuk berusia 56 tahun itu merupakan bekas ahli lembaga pengarah Felda.

Beliau ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira jam 12.40 tengah hari Sabtu, dan akan dikenakan tindakan di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru pada Ahad.
Dipercayai suspek menggunakan kedudukannya di Felda untuk meluluskan pelantikan sebuah syarikat untuk mencetak buletin berita Felda, 1Suara dari 2012 hingga 2015, menerusi perjanjian bernilai lebih RM13 juta.
Sebagai pulangan, beliau didakwa menerima wang tunai RM50,000 pada 2013, dan didakwa menerima sebidang tanah di Kota Tinggi bernilai RM180,000 pada 2014.
Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Seri Azam Baki yang mengesahkan penahanan itu berkata, suspek menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan

Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2019/02/09/bekas-mp-johor/#SxiuvbUS1q4AOzuk.99

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena