Saturday, 9 February 2019

[Video Syed Saddiq bersenam awal pagi di Semenyih] Hadi jangan lupa ribuan TIN MILO yang diusung walaun2nya? Umno dan PAS akan mencalonkan 'orang minyaknya' untuk bertanding di Semenyih?

Ahad, 10 Februari 2019
「Foto orang minyak」的圖片搜尋結果
Hadi jangan lupa ribuan TIN MILO  yang diusung walaun2nya? 

Sumpahan orang minyak di Semenyih?

 Istilah 'Orang minyak' yang sering disebut-sebut dalam dongeng Melayu adalah suatu watak yang benar. Dia disifatkan sebagai seorang yang licik, berminyak dan liar, yang menyusup masuk ke dalam rumah orang untuk mencuri dan merogol.
Tidak lama lagi, Umno dan PAS akan mencalonkan 'orang minyaknya' untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Semenyih pada 2 Mac 2019. Apakah sebabnya? Ada beberapa sebab untuk itu, dan yang paling penting sekarang adalah mengetahui sebab utama mereka.
Pertamanya, Umno dan PAS telah pun pecah tembelang. Hatta Presiden PAS Abdul Hadi Awang terpaksa menarik balik saman beliau terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown di London. 
Meskipun menganggap dirinya sebagai tokoh Islam, Abdul Hadi telah mengabaikan peluang untuk mencabar tuduhan Clare Rewcastle-Brown, seorang wartawan yang berpengalaman bersama British Broadcasting Corporation (BBC), bahawa pimpinan PAS telah menerima sejumlah wang dari Umno. Jumlahnya agak besar, iaitu RM90 juta.
Melihat betapa beratnya tuduhan ini, dan jumlah suapan yang agak besar, kita menjangkakan bahawa pasti Abdul Hadi akan menyangkal tuduhan Clare dan mempertahankan kebenaran habis-habisan. Tetapi, kebenaran tidak penting buat Abdul Hadi.
Nampaknya beliau telah mempelajari suatu tabiat baru daripada Umno dan bekas perdana menteri Najib Razak dan rakan-rakannya.

Seandainya menarik balik saman tidak membuktikan kesalahannya, rakyat masih boleh menilai kerana artikel asal masih ada pada laman sesawang Sarawak Report. 
Ratusan ribu rakyat Malaysia termasuk ahli akademik, jika tidak jutaan, yang mengikuti perkembangan politik tanah air akan menganggap artikel tersebut sebagai benar.

'Pertandingan malu'

Keduanya, tuduhan suapan RM90 juta itulah yang menjadikan PAS tidak lagi mampu untuk menyelindungi malunya. Apabila ia berterusan didesak, tiada lagi jalan selamat kecuali mengharapkan Umno untuk melindunginya.
PRK Semenyih merupakan titik tolak kepada 'pertandingan malu'. Daripada mengaku akan salah silap sendiri, Umno dan PAS akan memperkukuh pakatan kerjasama mereka untuk mencabar hampir sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan dengan Pakatan Harapan (PH).
Satu-satunya jalan untuk menewaskan PH adalah dengan cara putar-belit dan taktik licik. Oleh itu, sesiapa sahaja yang akan mewakili Umno dan PAS kelak tidak ubah seperti 'orang minyak' yang licik dan licin itu, sebagaimana yang pernah ditayangkan dalam filem 'Sumpah Orang Minyak' arahan Tan Sri P Ramlee.
Ketiga, PAS sedar bahawa perbicaraan Najib akan bermula tidak lama lagi. Lebih banyak liputan berita akan disiarkan dan lebih banyak maklumat mengenai penyaluran wang yang kompleks akan didedahkan, menjadikan Umno dan PAS semakin terbenam ke dasar kegelapan. 
Apabila tidak lagi mempunyai pilihan, apakah yang akan dilakukan oleh Umno dan PAS? Mereka akan menekan butang ‘nafi.’ Menafikan keterlibatan mereka dalam setiap perkara, terutamanya yang berkaitan dengan kemelut kewangan 1MDB, SRC, dan termasuklah Goldman Sachs.

Adapun PH, ia juga tidak terlepas daripada dirudung malapetaka. Dalam kalangan pimpinan PH sendiri, ada yang telah dikesan sebagai memiliki ijazah palsu. 
Namun setidaknya, ada daripada kalangan mereka, seperti Timbalan Menteri Perdagangan Ong Kian Ming yang menegur mengenai tindakan pemalsuan itu, sebagaimana yang penulis juga cuba lakukan.
Walau apa pun, kita mesti mengakui bahawa PRK Semenyih tidak boleh diambil mudah. Sekiranya PH ingin kekal berkuasa di Putrajaya, ia mesti mengambil serius PRK ini, terutamanya apabila dikatakan bahawa demografi kawasan tersebut bermajoriti Melayu.
Jumlah komposisi Melayu tidak akan mencecah lebih daripada 68% di kawasan bandar. Tetapi pada kali ini di Semenyih, jumlah itu agak tinggi. Oleh itu, sama ada peratus keluar mengundi tinggi ataupun rendah pada 2 Mac kelak, ia tetap akan dijadikan sebagai barometer oleh para penganalisis terhadap prestasi PH. 
Mereka juga akan terkesima melihat bagaimana Umno dan PAS berpakat dan merencana bersama untuk menempatkan orang minyak di kawasan yang tidak seberapa jauh daripada Putrajaya itu.
Seringkali kita terdengar, berhati-hatilah dengan orang yang menjual minyak ular. Namun dalam hal ini, rakyat perlu lebih berhati-hati dengan 'orang minyak' daripada Umno dan PAS. 
Sekiranya ada yang terlupa bagaimana rupa dan tindak-tanduk orang minyak, tidak rugi untuk menonton kembali filem monumental al-Marhum Tan Sri P Ramlee semula.

RAIS HUSSIN merupakan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena