Wednesday, 12 March 2014

Mystery of MH370:RALAT! Hari ke-4 dakwa merentasi Selat Melaka... Hari ke-5 nafi menuju Selat Melaka...

Rabu, 12 Mac 2014
aset

acrft
Anggota tentera mengimbas laut di atas kapal pesawat Tentera Udara semasasa misi mencari pesawat #MH370

Panglima nafi sebut MH370 menuju Selat Melaka


Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tan Sri Rodzali Daud meminta akhbar Berita Harian membetulkan laporan mereka yang mendakwa radar tentera mengesan pesawat MH370 berpatah balik dan terbang ke arah Selat Melaka.

Laporan The Malaysian Insider yang memetik kenyataan Rodzali menyebut, panglima TUDM tersebut tidak pernah menyatakan sedemikian.

“Saya ingin nyatakan bahawa saya tidak membuat apa-apa kenyataan seperti di atas. Apa yang berlaku adalah wartawan Berita Harian bertanya sekiranya kejadian itu berlaku seperti dilaporkan dalam laporan mereka.

“Bagaimanapun saya tidak menjawab soalan mereka. Bagaimanapun, saya tidak memberi apa-apa jawapan kepada soalan tersebut,

“Sebaliknya, apa yang saya beritahu wartawan itu adalah 'tolong rujuk kepada kenyataan yang saya buat pada 9 Mac 2014 semasa sidang media bersama Ketua Turus Angkatan Tentera di Hotel Sama-sama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,” kata Rodzali seperti dipetik dalam laporan portal berita tersebut.

Laporan Berita Harian semalam menyebut, Unit Kawalan dan Pengawasan Trafik Udara di Singapura turut menerima isyarat bahawa pesawat tersebut berpatah balik dan tiba-tiba terbang rendah dari ketinggian 10,000 meter ke 1,000 meter.

Ia seterusnya menyebut Rodzali mengesahkan bahawa pengkalan udara Butterworth mengesan isyarat bahawa pesawat tersebut berpatah balik ke laluan asalnya.

Pesawat itu dilaporkan melalui Kota Bharu, Kelantan, dan ruang udara Pantai Timur dan Utara.

“Kali terakhir pesawat itu dikesan berada berhampiran Pulau Perak, di perairan Selat Melaka pada jam 2.40 pagi, Sabtu lalu, oleh menara kawalan udara berhampiran sebelum isyarat hilang tanpa sebarang petunjuk,” katanya.
Akhbar itu seterusnya melaporkan, penduduk dalam laporan polis mendakwa melihat "kelibat cahaya lampu besar dan pesawat terbang rendah" di Kota Bharu, Kelantan.
Malaysiakini

Tentera Malaysia Dakwa Berjaya Kesan MH370 Di Selat Melaka

Dalam perkembangan yang memeranjatkan, tentera Malaysia mendedahkan mereka mengesan pesawat MH370 milik Malaysian Airlines yang hilang menerusi radar ketika pesawat yang masih hilang itu merentasi Selat Melaka, jauh dari di mana ia melakukan komunikasi terakhir dengan menara kawalan trafik awam di teluk Thailand.

Sumber tentera mengesahkan kepada Reuters Boeing 777-200ER dengan 239 penumpang bertukar laluan dan menuju ke sebelah lain semenanjung Malaysia.

“Ia mengubah laluan selepas Kota Baru dan mengambil altitud lebih rendah. Ia terbang ke Selat Melaka,” kata pegawai tentera, yang diberi taklimat mengenai siasatan itu, kepada Reuters.

Selat Melaka, salah satu laluan perkapalan yang paling sibuk di dunia, berada di pantai barat Malaysia.

Syarikat penerbangan itu berkata, pada Sabtu lalu, pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal terputus hubungan selepas Kota Baru, bandar di pantai timur Malaysia.

Akhbar Berita Harian yang pertama melaporkan perkembangan itu, memetik Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud, sebagai berkata mereka menjejak isyarat itu ke Pulau Perak, pantai barat negara.

“Kali terakhir pesawat itu boleh dikesan oleh menara kawalan ialah berhampiran Pulau Perak, iaitu di Selat Melaka pada 2.40 pagi.

“Selepas itu, isyarat daripada pesawat itu hilang,” katanya.

Secara kebetulan, kenyataan pertama Malaysian Airlines mengenai kehilangan pesawat itu pada Sabtu menyatakan menara kawalan terputus hubungan dengan pesawat berkenaan pada 2.40 pagi tetapi ia kemudian dibetulkan kepada 1.30 pagi.

Ia juga dilaporkan bahawa unit kawalan dan pengawasan udara Singapura turut mendapati ada isyarat MH370 “berpatah balik sebelum ia dilaporkan berada pada ketinggian 1,000 daripada altitud asal di 10,000 meter”.

Ramai yang melaporkan pesawat itu, Boeing 777-200ER hilang kira-kira jam 1.30 pagi ketika terbang di atas Laut China Selatan di antara pantai timur Malaysia dan selatan pantai Vietnam.

Pesawat itu dilaporkan hilang daripada radar dan lokasi terakhir yang diketahui ialah 065515 Utara (longitude) dan 1033443 Timur (latitude).

Keadaan itu disokong dengan laporan polis yang dibuat beberapa penduduk di pantai timur yang mendakwa mereka terlihat cahaya besar dan kapal terbang terbang terbang rendah 1,000 meter dari aras laut di Kota Baru, Kelantan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa mencari dan menyelamat (SAR) gagal menemui petanda pesawat itu berada di dalam air di Laut China Selatan.

Indikasi yang menunjukkan MH370 mungkin berpatah balik mendorong operasi SAR diperluas ke Selat Melaka dan Laut Andaman.

Operasi mencari pesawat hilang itu membabitkan pasukan tentera dan pihak berkuasa dari Australia, China, Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam, Filipina dan Amerika Syarikat selain Malaysia.

Hari ini adalah hari keempat operasi SAR dijalankan. – 11 Mac, 2014.-TMI

Penyebar khabar angin boleh kena hukum


Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang menyebarkan khabar angin tentang kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

"Penyebaran dari sumber diragui dan tidak diiktiraf bukan sahaja boleh menjejaskan siasatan tetapi boleh menghiris perasaan keluarga dan kenalan mangsa,” katanya.

"Dalam kes-kes tertentu yang dikira melampaui batas sehingga menyebabkan satu pihak berasa jelik terancam dengan fitnah, pihak tersebut boleh buat aduan kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), maka tindakan undang-undang boleh diambil.”

Amaran terhadap penyebaran khabar angin menerusi media sosial itu dibangkitkan sewaktu sesi soal jawab di Dewan Rakyat, pagi ini.

Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, dengan jumlah penumpang seramai 239 orang termasuk 12 anak kapal.

Tian Chua bidas Utusan

Sementara itu, MP Batu, Tian Chua (kiri) membidas akhbar milik Umno, Utusan Malaysiadi atas laporan yang disifatkan "tidak sensitif" kepada keluarga mereka yang menaiki pesawat itu.

Tian Chua berkata beliau kesal dengan laporan pada 10 Mac yang membuat andaian bahawa kehilangan pesawat itu mungkin berpunca daripada cubaan bunuh diri oleh juruterbang.

"Utusan tidak sepatutnya membuat tuduhan sebegitu yang memburukkan reputasi juruterbang dan pembantu juruterbang," katanya sambil menegaskan yang harian tersebut perlu menarik laporannya dan meminta maaf.

Beliau juga menggesa media agar tidak membuat andaian tentang insiden itu, dan mengambil kira perasaan ahli keluarga penumpang dan anak kapal.
Malaysiakini.
RAKYAT DIINGATKAN SUPAYA JANGAN MEMBUAT SEBARANG SPEKULASI..!!!

Sesiapa yang didapati membuat sebarang spekulasi akan didakwa dan dikenakan hukuman..

Tapi lidah umngok (Utusan) dipersilakan dan diharuskan buat apa jua spekulasi termasuk mengatakan juruterbang membunuh diri..

Sekian terima kasih kera..jaan um-noooooo!
Photo: RAKYAT DIINGATKAN SUPAYA JANGAN MEMBUAT SEBARANG SPEKULASI..!!!

Sesiapa yang didapati membuat sebarang spekulasi akan didakwa dan dikenakan hukuman..

Tapi lidah umngok (Utusan) dipersilakan dan diharuskan buat apa jua spekulasi termasuk mengatakan juruterbang membunuh diri.. 

Sekian terima kasih kera..jaan umngok..

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena