Thursday 8 May 2014

MH370: Putrajaya rahsiakan pencarian di Selat Melaka - LKS

Jumaat, 9 Mei 2014

Bahasa apa ko pakai ni budak??

Kit Siang dakwa laporan MH370 bercanggah, Putrajaya rahsiakan pencarian di Selat Melaka

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengecam laporan kehilangan penerbangan MH370 yang disifatkannya bercanggah dan mendakwa Putajaya merahsiakan operasi mencari dan menyelamat di Selat Melaka.

Lim mendakwa laporan awal, yang dikeluarkan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam, tidak selari dengan laporan awal pada 9 April.


"Kawasan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) daripada awal pagi kehilangan Boeing 777 diperluaskan dari Laut Cina Selatan ke Selat Melaka tidak terdapat dalam laporan awal Hishammuddin bertarikh 9 April tetapi didedahkan dalam kenyataan bertarikh 2 Mei 2014," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim mempersoal mengapa baru semalam operasi SAR didedahkan diperluaskan ke Selat Melaka.
"Mengapa Hishammuddin tidak mengumumkannya pada awal, sebaliknya menunggu 55 hari sehingga semalam mengeluarkan kenyataan bersama-sama dengan laporan awal kehilangan MH370?" tanya Lim.

"Kedua-dua kenyataan laporan awal oleh Hishammuddin hanya menimbulkan lebih banyak persoalan."

Lim menyifatkan laporan yang dikeluarkan semalam tidak memuaskan dan tidak lengkap, berbeza dengan laporan insiden pesawat lain sebelum ini, seperti Air France 447 dan insiden letupan enjin pesawat di Singapura pada 2010.

Menurut Lim, laporan kehilangan pesawat Air France 447 mempunyai 128 muka surat dan laporan awal letupan enjin di Singapura mempunyai 40 muka surat, lebih lengkap dengan diagram dan carta.

"Dalam laporan awal, kerajaan Malaysia hanya membuat satu cadangan keselamatan iaitu memasang sistem penjejak masa nyata dalam semua pesawat komersil," kata Lim.

Lim juga mendesak supaya Hishammuddin memberikan penjelasan mengenai percanggahan maklumat yang diberikan dalam laporan awal kehilangan MH370 yang dikeluarkan semalam.

"Melainkan Hishammuddin boleh memberikan penjelasan memuaskan ke atas percanggahan terbaru ini, beliau dan kerajaan harus memikul tanggungjawab dan dipersalahkan," katanya.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam, sebelum ia hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di ruang udara Laut Cina Selatan.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Laporan awal yang didedahkan semalam menyatakan Pusat Penyelarasan Menyelamat Kuala Lumpur diaktifkan pada 5:30 pagi pada 8 Mac, selepas semua usaha untuk berkomunikasi dan mengesan pesawat gagal.

Menurut laporan, pusat kawalan trafik udara Ho Chi Minh bertanya kepada Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) mengenai kedudukan MH370 pada 1:38 pagi.

KLATCC kemudian menggerakkan usaha membabitkan Pusat Operasi MAS, Markas Tempur Udara Singapura (ACC), ACC Hong Kong dan ACC Phnom Penh untuk menentukan kedudukan MH370.

"Unit-unit ATC tidak dapat membuat apa-apa komunikasi dan oleh itu Pusat Penyelarasan Menyelamat (RCC) digerakkan pada 05:30," menurut laporan itu. 
Posted by Jeebond BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena