Sunday 8 November 2015

Takut hilang kuasa, Najib tangguh PRU14...Ketahuilah dunia kini "semakin tidak percaya" kepada Malaysia.

Ahad, 8 November 2015
Takut hilang kuasa, Kadir Jasin ramal Najib tangguh PRU14 

Orang ramai perlu bersedia menghadapi kemungkinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba melambatkan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kerana beliau dan penyokongnya takut kehilangan kuasa, kata wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin. 

Datuk Seri Najib Razak tidak akan berundur dan tiada apa yang boleh dilakukan bagi menjatuhkan beliau sehingga PRU akan datang, menurut bekas pengarang kumpulan New Straits Times. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 November, 2015.
Datuk Seri Najib Razak tidak akan berundur dan tiada apa yang boleh dilakukan bagi menjatuhkan beliau sehingga PRU akan datang, menurut bekas pengarang kumpulan New Straits Times. 

Menulis dalam blognya, Kadir berkata Najib tidak akan berundur dan tiada apa yang boleh dilakukan bagi menjatuhkan beliau sehingga PRU akan datang.
PRU14 dijadualkan pada 2018.
Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu memberi amaran, rakyat Malaysia "jangan sekali-kali melakukan hal yang boleh dijadikan alasan Najib dan konco-konconya untuk tidak mengadakan PRU."
Najib kini menerima tekanan berhubung dakwaan skandal kewangan melibatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dan deposit RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, 2 isu yang turut menimbulkan hura hara dalam partinya, Umno.
"Sekiranya PRU diadakan, kita perlu melihat ke hadapan melepasi Najib dan hegemoni Umno/Barisan Nasional (BN)," tulis Kadir.
Katanya, rakyat perlu melihat ke satu era baharu di mana Umno dan BN bukan lagi tempat bergantung, kerana tidak lagi terangkum (incusive) dan peduli kepentingan rakyat di bawah kepemimpinan sekarang.
Mereka bertindak seolah-olah mereka “lord and master of the universe”, katanya.
Kadir (gambar, kiri), yang sering mengkritik pentadbiran Najib, berkata rakyat perlu memikirkan politik yang "lebih Malaysia, buta warna, berpaksikan kemanusiaan, ketamadunan dan keluhuran perlembagaan".
Beliau juga menggesa rakyat bekerjasama dan mencadangkan gerakan non-partisan (yang tidak berpihak) ditubuhkan dengan menggabungkan penggiat dan pesara daripada segala aliran - politik, agama, profesional, cendekiawan, usahawan, pesara tentera dan polis, pemimpin pelajar, badan-badan bukan kerajaan dan sesiapa saja yang komited menyelamatkan Malaysia.
Kadir berkata, dunia kini "semakin tidak percaya" kepada Malaysia dan rakyat perlu menunjukkan mereka peduli dan "akan melakukan apa saja" demi menyelamatkan negara.
Kebijaksanaan semasa atau "conventional wisdom" pula, katanya, tidak lagi berkesan dalam membetulkan kerajaan kerana "Najib tidak berjuang di atas landasan yang sama".
"'Conventional wisdom' nampaknya tidak ada tempat dalam strategi dan tindak-tanduk beliau. Sebaliknya beliau bertindak di luar konvensyen dan kebijaksanaan semata-mata untuk menyelamatkan diri.
"Kita terpaksa akur kepada apa yang sedang berlaku, iaitu sesuatu yang belum pernah kita lalui sejak merdeka pada tahun 1957.
"Kita bermain bola di atas padang yang tidak rata, pengadilnya berat sebelah dan kedudukan gol diubah-ubah," katanya. – 8 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/takut-hilang-kuasa-kadir-jasin-ramal-najib-tangguh-pru14#sthash.NJ6tCg3w.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena