Sunday 8 November 2015

Anak Azmin 15 tahun yang akan menduduki peperiksaan dipanggil polis kerana 'BERSIH'..."Basheer, please focus on your exam"

Ahad, 8 November 2015
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dalam akaun Twitternya petang ini, menyatakan polis meminta anaknya hadir di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi esok, walaupun anaknya akan mula menghadapi peperiksaan akhir tahun pada hari yang sama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 November, 2015.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dalam akaun Twitternya petang ini, menyatakan polis meminta anaknya hadir di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi esok, walaupun anaknya akan mula menghadapi peperiksaan akhir tahun pada hari yang sama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 November, 2015. 

Anak remaja Azmin Ali dipanggil polis kerana terlibat Bersih 

Azmin mengumumkan perkara itu menerusi akaun Twitternya petang ini, menyatakan polis meminta anaknya hadir di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi esok, walaupun anaknya akan mula menghadapi peperiksaan akhir tahun pada hari yang sama.
"Polis keluar Notis Seksyen 111 untuk mengarahkan anak saya berumur 15 tahun untuk dirakam keterangan kerana perhimpunan aman Bersih!," katanya dipercayai merujuk peruntukan di bawah Kanun Tatacara Jenayah.
"Anak kecil seawal 15 tahun sudah dizalimi pasti akan bangkit dan melawan kezaliman dan kemungkaran Umno. Syukur anak saya Basheer berani," beliau menulis tweet melalui akaun Twitter rasminya @AzminAli petang ini.
Bagaimanapun, timbalan presiden PKR itu tidak menyatakan perhimpunan Bersih yang mana anaknya sebelum ini terlibat.
Kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 mengadakan 4 perhimpunan sejak 2007, dengan yang terkini selama 34 jam dari 29 hingga 30 Ogos baru-baru ini, menuntut pembaharuan institusi dan memberi tekanan kepada Datuk Seri Najib Razak supaya berundur susulan dakwaan skandal kewangan yang melibatkan perdana menteri itu.
Ia berkaitan dengan wang RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun bank peribadinya, sebahagian besar daripadanya dimasukkan menjelang pilihan raya umum ke-13 pada Mei 2013.
Berikutan pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang wang itu merupakan "sumbangan politik," PKR mengambil tindakan undang-undang terhadap Najib kerana melanggar undang-undang pilihan raya.
Kira-kira sejam selepas Azmin menulis tweet itu, anaknya Basheer menulis tweet yang berbunyi: "Berani kerana benar, takut kerana salah."
Manakala, sebentar tadi kira-kira jam 7.32 petang, Azmin menulis tweet: "Basheer, please focus on your exam" (Basheer, tolong tumpukan pada peperiksaan kamu).
Selasa lalu, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah mengaku tidak bersalah selepas didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memberi notis sebelum menganjurkan perhimpunan Bersih 4 itu. – 8 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anak-remaja-azmin-ali-dipanggil-polis-kerana-terlibat-bersih#sthash.F0ruRCkI.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena