Sunday 8 November 2015

Tak perlu 'paksa PAS keluar'! DAP akan sokong penuh Parti Amanah PRU 14 nanti – Tony Pua

Ahad, 8 November 2015

DAP Akan Sokong Parti Amanah PRU 14 – Tony Pua

DAP akan memberi sokongan penuh kepada Parti Amanah Negara sekiranya PAS bertanding dalam mana-mana kerusi di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14, kata Pengerusi DAP negeri, Tony Pua.

Ini kerana PAS bukan satu sekutu DAP dalam Pakatan Harapan, berbanding dengan Amanah dan PKR.

Pua turut memberi jaminan bahawa DAP tidak akan sesekali mengkhianati rakan sekutu mereka dalam Pakatan Harapan, PKR dan Amanah sepertimana yang dilakukan PAS pada PRU 13.

“DAP tidak akan tikam belakang seperti PAS yang meletakkan calon untuk kerusi Kota Damansara yang merupakan milik PKR,” kata Pua dalam ucapannya di konvensyen DAP Selangor pada Ahad.

Tambahnya, kerana pertandingan tiga penjuru di DUN Kota Damansara itu, akhirnya UMNO yang memenangi kerusi berkenaan.

Pada Jumaat, Pua dalam kenyataan kepada KiniTV berkata DAP sudah bersedia untuk merampas kembali lapan kerusi yang sebelum ini milik PAS.

Lapan kerusi itu adalah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjong Sepat.

“Kita, DAP telah membuat persediaan untuk bertanding di beberapa kerusi DUN yang dipegang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS sebelum ini.

“Kerusi-kerusi ini termasuklah DUN Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjong Sepat,”kata Pua.

Tambah Pua, keputusan rasmi berkenaan pertandingan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan Selangor.

Kenyataan terbaharu DAP itu dilihat sebagai usaha parti itu untuk menyingkir pengaruh PAS dalam kerajaan Negeri Selangor.

Sehingga kini, DAP merupakan parti yang paling dominan dalam Kerajaan Negeri Selangor dengan memiliki 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), berbanding dengan PKR 13, PAS 13,Amanah 2, BN 12 dan Bebas 1.

Pada PRU 13, PAS memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, bagaimana pun parti Islam itu kehilangan dua kerusi apabila ADUN Hulu Kelang, YB Saari Sungip dan ADUN Morib, Hasnul Baharudin keluar parti untuk menyertai Parti Amanah.

PAS menang selesa di lima DUN yang pola pengundi Cina di antara 10% hingga 26% iaitu Sabak, Gombak Setia, Bangi, Selat Klang dan Sijangkang

Lima DUN milik PAS itu bukan merupakan target DAP sebagaimana yang dinyatakan Pua pada Jumaat lalu.

Sebaliknya, Pua mensasarkan lapan kerusi milik PAS yang mempunyai pola pengundi Cina di antara 27% hingga 35% iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjong Sepat.

Abdul Rahman Abdul Talib berkata berkemungkinan besar tindakan DAP mensasarkan lapan kerusi milik PAS itu bertujuan untuk memberi laluan kepada Parti Amanah.

“Hakikatnya dalam tiga penjuru DAP boleh tawan semua kerusi PAS di Selangor.

“Tapi rasanya DAP akan serah kerusi tu semua pada Amanah,”katanya yang merupakan aktivis Parti Amanah Selangor dalam satu kenyataan di Facebook. -AIDC

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena