Sunday 8 November 2015

Ust Wan Ji: Sudah tentulah DAP lawan PAS di Selangor ...Kerajaan Pakatan Rakyat 'ghuyup' (habis)!

Isnin, 9 November 2015

Sudah tentu DAP lawan PAS di Selangor

Oleh Wan Ji Wan Hussin


Ramai akui selepas pilihan raya akan datang, tidak akan ada lagi kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.Jika Barisan Nasional kalah di Selangor, kerajaan yang bakal dibina adalah kerajaan Pakatan Harapan. Kerajaan Pakatan Harapan ini, sudah pasti terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara, tanpa PAS.

PAS bukan tidak diajak menyertai Pakatan Harapan. Namun, PAS sendiri yang menyatakan sikap tidak mahu bersama dengan Pakatan Harapan.

Mungkin disebabkan mereka tidak bersedia bersama dengan DAP, disamping kewujudan “rakan-rakan lama” dari Amanah.

Ataupun, mungkin syarat yang dikenakan kepada PAS tidak dapat dilaksanakan, seperti tidak boleh ponteng mesyuarat Pakatan, tidak boleh “U-turn”, perbezaan dasar dan prinsip diselesaikan di meja rundingan dan sebagainya.


Dalam keadaan begini, bagi senario politik Selangor, tidak menjadi satu kesalahan bagi DAP bertanding di kerusi yang PAS bertanding. Ini kerana, DAP sememangnya salah satu parti yang bersama Pakatan Harapan, sedangkan PAS bukan Pakatan Harapan.

Justeru, DAP mahu lawan PAS itu adalah untuk menyelamatkan Selangor supaya tidak terlepas dari tangan Pakatan Harapan.

Lebih-lebih lagi, PAS adalah parti yang terawal menyatakan mereka akan bertanding di kerusi DAP. Sudah pasti, kenyataan itu dibalas DAP. Wallahu A'lam. –

* Wan Ji Wan Hussin merupakan Pengasas Sekolah Pemikiran asy-Syatibi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena