Friday 18 March 2016

Bila duit habis di 'ROMPAK', pelajar jadi mangsa...Hak Bumiputera - Beri peluang kepada Bumiputera lanjut pengajian ke luar negara, kata GPMS

Sabtu, 19 Mac 2016
Page Liked · 15 hrs · Edited 
 
Kamu semua menteri dilantik utk menguruskan negara dgn amanah bukan menjahanamkan rakyat Dan negara...Bila Duit Habis Di Rompak Pelajar2 Yg jadi Mangsa..Memang Haram Jadah UMNOBN..Mereka Pemimpin UMNO yang Rakus Membazir..Rakyat pula jadi Mangsa.

Hang cerita pasal nak jimat...ekekeke😂 -tf

GPMS kepada Azalina: Beri peluang kepada Bumiputera lanjut pengajian ke luar negara
March 19, 2016

Hak Bumiputera dalam biasiswa pelajaran termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan
azalina scholarship
Oleh Zambri Mohd Isa
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) merasa sangat dukacita dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Azalina Othman Said di Parlimen semalam bahawa kerajaan akan dapat menjimatkan sehingga RM240juta setahun apabila membatalkan dan mengurangkan bilangan sejumlah 744 biasiswa kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara.
GPMS berpegang kepada prinsip yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa kerajaan tidak akan sama sekali mengurangkan bajet bagi sektor pendidikan dalam pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan pada Januari lalu, selain berikrar untuk menambahbaik peruntukan bagi sektor pendidikan dan pengajian tinggi, termasuk biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
GPMS berpendapat pembatalan biasiswa berkenaan adalah tidak releven memandangkan terdapat ramai pelajar terutama pelajar Bumiputera yang telah berusaha keras bagi melayakkan mereka memperoleh biasiswa JPA untuk belajar ke luar negara. Pembatalan biasiswa ini merugikan pelajar Bumiputera yang berpotensi untuk menyambung pengajian diluar negara, apatah lagi majoriti mereka tidak mampu untuk menanggung sendiri kos pengajian dan perbelanjaan ke luar negara.
GPMS memahami keperluan kerajaan untuk menstrukturkan semula perbelanjaan negara, namun pembatalan biasiswa tidak kena pada masanya kerana ianya merupakan satu keperluan memandangkan tempat di Universiti Awam yang agak terhad. Selain itu, kerajaan juga perlu untuk melabur dalam sektor pembangunan modal insan dan perlu menghantar lebih ramai pelajar ke luar negara terutama negara maju sebagai persediaan akhir menuju negara maju menjelang 2020.
Justeru, GPMS berharap agar Dato’ Seri Azalina dan kerajaan Malaysia menimbang semula keputusan untuk TIDAK mengurangkan bilangan biasiswa JPA ke luar negara serta tidak sama sekali mengurangkan jumlah peruntukan sedia ada kerana ia memberi impak besar dan merugikan pelajar Bumiputera, apatah lagi perkara ini termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak Bumiputera termasuk dalam biasiswa pelajaran.
Zambri Mohd Isa adalah Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena