Wednesday 23 March 2016

Selamatkan Malaysia "Dewan pasti penuh." Ahli Umno mungkin kumpulan terbesar 27 Mac ini, kata Zaid

Khamis, 24 Mac 2016

Ahli Umno mungkin kumpulan terbesar 27 Mac ini, kata Zaid

Geraldine Tong
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menjangkakan sejumlah besar ahli Umno akan muncul untuk program ‘Selamatkan Malaysia’ anjurannya pada Ahad ini.
"Siapa tahu, kumpulan terbesar yang akan datang pada Ahad ini mungkin adalah ahli Umno. Ramai ahli Umno mohon untuk datang. Saya telah beri seberapa banyak mana (jemputan) yang boleh diisi dalam dewan," kata Zaid kepada Malaysiakini hari ini.
Antara pemimpin Umno yang akan membuat penampilan pada majlis di Pusat Konvensyen Shah Alam itu adalah timbalan presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri besar Kedah yang disingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Apabila disoal sama ada terdapat pemimpin Umno terkenal lain akan turut bersama, Zaid berkata mereka bukan mahukan pemimpin yang menonjol tetapi berani.
"Janganlah kita harapkan ahli kabinet akan datang," katanya secara berseloroh.
Perhimpunan yang berdasarkan atas dasar jemputan sahaja akan bermula pada 1 tengah hari kerana ia adalah Hari Easter, katanya dan ia dijangka berakhir sekitar jam 6 petang.
Menurut Zaid, satu sidang media dengan 19 pemimpin akan diadakan selepas itu.
Antara mereka yang dijangka itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin, Mukhriz, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Presiden Amanah Mohamad Sabu, bekas Setiausaha Agung MIC S Murugesan, bekas Presiden Badan Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan dan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.
Zaid berkata, walaupun pada mulanya beliau hanya mengundang 1,000 tetamu tetapi kini menganggarkan sekitar 1,500 jemputan akan hadir pada Ahad ini.
"Dewan pasti penuh," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena