Tuesday, 22 March 2016

[Video] 'Usir Mat Sabu'...AMANAH kecam tindakan HALANG Mat Sabu masuk Sarawak!

Selasa, 22 Mac 2016

Pemimpin Amanah Sarawak tegaskan Mat Sabu bukan penjenayah

Mohamad Sabu ketika ditahan di pejabat imigresen sementara menunggu penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pagi tadi.
Mohamad Sabu ketika ditahan di pejabat imigresen sementara menunggu penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pagi tadi.
MALAYSIADATELINE


TERKINI
Presiden AMANAH Tn Hj Mohamad Sabu dihalang memasuki Sarawak hari ini atas arahan Pejabat Ketua Menteri. Beliau bersama pegawai khasnya tiba di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 10.40 pagi dan ditahan ketika melalui pemeriksaan Imigresen. Kini beliau dalam proses dihantar pulang ke Semenanjung.
~Sekretariat Komunikasi
Presiden AMANAH Tn Hj Mohamad Sabu selamat tiba di KLIA selepas dihalang memasuki Sarawak pagi ini. Ketibaan beliau disambut Timbalan Setiausaha Agung Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.
KENYATAAN MEDIA
AMANAH KECAM TINDAKAN HALANG MOHAMAD SABU MASUK SARAWAK
1. Parti Amanah Negara (AMANAH) mengecam keras tindakan menghalang Presiden AMANAH Tn. Hj. Mohamad Sabu memasuki negeri Sarawak seperti yang berlaku hari ini.
2. Tn. Hj. Mohamad Sabu tiba di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 10.30 pagi ini dalam rangka lawatan dua hari ke negeri itu. Beliau bagaimanapun ditahan ketika mahu melepasi pemeriksaan imigresen dan hanya dimaklumkan halangan itu atas arahan Pejabat Ketua Menteri.
3. Parti AMANAH ingin mengingatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem bahawa Sarawak salah sebuah negeri di dalam Persekutuan Malaysia. Tidak sepatutnya hak mana-mana warganegara untuk masuk ke negeri itu dihalang.
4. Ternyata sangkaan AMANAH bahawa Adenan berbeza dari pemimpin sebelumnya, meleset dan silap. Sikap angkuh yang ditunjukkan oleh Adenan hari ini menyaksikan betapa beliau masih di dalam kerangka pemikiran sempit politik lama, seperti diamalkan bekas Ketua Menteri sebelumnya.
5. Sebelum ini, beberapa pepimpin Pakatan Harapan antaranya YB Nurul Izzah Anwar, Datuk Saifuddin Nasution, YB Rafizi Ramli, YB Tian Chua, YB Teresa Kok, YB Zuraida Kamaruddin dan beberapa lagi juga dihalang daripada memasuki negeri itu.
6. Apa yang jelas, tindakan terdesak menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan dalam masa terdekat ini, menunjukkan betapa Ketua Menteri berada dalam ketakutan dan cuba menyekat suara perubahan dan kebangkitan rakyat.
“Harapan Baru”
HJ MOHD ANUAR TAHIR
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara
22 Mac 2016

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena