Thursday 17 March 2016

Apa dah jadi? Mengapa cepatnya PAS berubah, kata AMANAH Kelantan.

Khamis, 17 Mac 2016

Cepatnya PAS berubah, kata AMANAH Kelantan

Ketiadaan bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dikatakan membawa perubahan besar kepada haluan dan pendekatan parti Islam itu, terutamanya di Kelantan.
"Tak sangka begitu cepat PAS berubah, selepas ketiadaan bekas arwah tok guru Nik Abdul Aziz," kata Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Pada pertemuan dengan Malaysiakini semalam, beliau berkata, “porak peranda” dalam PAS selepas muktamar lalu mungkin tidak akan berlaku jika bekas menteri besar Kelantan itu masih ada.
"Tetapi oleh kerana tiada seorang tokoh yang boleh dihormati oleh semua, boleh membawa kesepakatan dan sikap saling menghormati antara satu sama lain mungkin tidak berlaku keadaan sekarang.
"Beliau bukan saja berjaya memupuk kekuatan PAS di seluruh negeri dan negara, malah tok guru juga mampu untuk menyatukan semua tenaga utama parti," katanya dengan nada kesal.
Nik Aziz meninggal pada 12 Februari tahun lepas. Empat bulan selepas itu, kumpulan timbalan presiden Mohamad Sabu ditolak besar-besaran dalam muktamar pemilihannya.
Mohamad dan bekas pemimpin kanan PAS kemudian bergiat dalam parti serpihan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Wan Abdul Rahim, bekas anggota parlimen Kota Bharu itu berkata, sepanjang Nik Aziz aktif dalam kepimpinan PAS beliau membentuk kekuatan setiap peringkat tanpa sebarang unsur perpecahan.
"Setahun pemergian tok guru Nik Aziz kita dapati PAS di Kelantan khususnya dan pentadbiran kerajaan negeri mengalami satu perubahan ketara dan kita tidak pernah jangka secepat ini perubahan yang berlaku.
"Kepimpinan hari ini dilihat tiada lagi unsur dan kaedah terbuka, sederhana dan langkah-langkah untuk memupuk kekuatan jemaah," katanya yang juga bekas speaker Dewan Undangan negeri (DUN) Kelantan.
Arah tuju kepimpinan
Sebagai orang yang pernah rapat dengan Nik Aziz, Wan Abdul Rahim mendakwa, kepimpinan PAS Kelantan kini seolah-olah memusatkan kuasa dan memperlihatkan tindakan yang mengelirukan anggota.
"Kita dapat rasa satu suasana yang cukup berbeza daripada apa yang dialami sepanjang tok guru aktif sebagai pimpinan PAS.
"Kita merasakan bahawa PAS sudah tidak lagi menjadi satu jemaah Islam yang mampu untuk menangani permasalahan dan suasana masyarakat yang ada. Perkembangan ini ketara selepas muktamar 2015," jelasnya.
Tambah beliau, keadaan itu telah mengecewakan anggota pelbagai peringkat, malah PAS turut kehilangan aktivis yang bekerja kuat dalam persiapan pilihan raya umum sebelum ini.
"Dan ramai yang berasa sukar untuk memahami arah tuju PAS di bawah kepimpinan yang ada hari ini," katanya.
Kepimpinan PAS negeri kini turut berdepan kritikan keras bekas naib presiden dan exco kanan negeri Datuk Husam Musa, yang dikatakan anak didik Nik Aziz.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena