Thursday 17 March 2016

Hudud: DAP persoal sebab PAS ubah pendirian..."Jadi saya rasa PAS perlu jawab (soal dosa) ini."

Khamis, 17 Mac 2016

Hudud: DAP persoal sebab PAS ubah pendirian

 | March 17, 2016
"Ingatkah sebelum ini PAS berkata, adalah dosa besar sekiranya orang Muslim menolak hudud berbanding bukan Islam menolak hudud? Jadi saya rasa PAS perlu jawab (soal dosa) ini."
Teo-Nie-Ching-pas-crack
KUALA LUMPUR: DAP memulang paku buah keras kepada PAS susulan tindakan parti Islam itu mengambil pendirian bersama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) bahawa hudud tidak sesuai dilaksana di Malaysia.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching, mempersoal mengapa PAS tidak mengambil pendirian seperti itu sewaktu mereka bersama-sama bergandingan dalam suatu hubungan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat.
Sikap PAS pada ketika itu, menurut Nie Ching, akhirnya menyebabkan hubungan mereka terlerai dan pakatan itu terkubur.
“Ingatkah sebelum ini PAS berkata, adalah dosa besar sekiranya orang Muslim menolak hudud berbanding bukan Islam menolak hudud? Jadi saya rasa PAS perlu jawab (soal dosa) ini,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen hari ini.
Ekoran itu, Nie Ching, mendesak PAS supaya bertanggungjawab untuk memberi penjelasan secara terperinci berhubung keputusan tersebut.
“Apabila PAS mengambil keputusan memutuskan hubungan politik dengan DAP, salah satu sebabnya adalah kerana DAP berpendirian bahawa hudud tidak sesuai di negara ini memandangkan ia tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan.”
Semalam, Presiden IKATAN, menyatakan hudud tidak akan menjadi isu besar di antara gabungan PAS dan parti baharu dalam membentuk blok pembangkang ketiga.
Walaupun bergabung dengan PAS, mereka berpendapat bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena