Thursday 17 March 2016

Duta Makanan Malaysia di AS pun 'BANTAI' kerajaan Malaysia sebagai korup.

Khamis, 17 Mac 2016
812663_431927210221563_2000538207_o

CHRISTINA AROKIASAMY 

Semalam Tv14 ada berkongsi mengenai tindakan Duta Makanan Malaysia iaitu Christina Arokiasamy mengkritik dan memburukkan Kerajaan Malaysia serta Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak.
Namun tampil memberi penjelasan lanjut, pihak Matrade telah mengesahkan bahawa warga Amerika Syarikat berkenaan telah pun ditamatkan kontraknya mulai tahun lalu.
Penjelasan itu dibuat melalui satu jawapan yang diajukan kepada pihak Matrade di laman sosial Twitter.
“Kontrak beliau telah diberhentikan tahun lalu dan kenyataan dibuatnya adalah pandangan peribadi,” kata kenyataan Matrade tersebut yang menjawab soalan dari My Nation News.
11665488_881724235231005_113029950178628020_n

Seorang wanita yang dilantik sebagai duta makanan Malaysia oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) hari ini menimbulkan kekecohan di laman sosial Facebook, apabila menganggap Malaysia sebagai sebuah negara korup.
Christina Arokiasamy, warga Amerika Syarikat yang berasal daripada Kuala Lumpur mula dilantik pada Oktober 2015 lalu bagi program Bespoke Malaysia Kitchen Premier, sebuah program televisyen memaparkan makanan Malaysia.
Program itu disiarkan di rangkaian Food Network Channel Amerika Syarikat bagi mempromosikan negara ini.
Chef Malaysia Matrade

Duta Makanan Malaysia lantikan MATRADE di AS ‘sental’ kerajaan

Seorang wanita yang dilantik sebagai duta makanan Malaysia oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) hari ini membantai kerajaan Malaysia sebagai korup.
Memetik laporan bicara.news, Christina Arokiasamy, warga Amerika Syarikat yang berasal daripada Kuala Lumpur mula dilantik pada Oktober 2015 lalu bagi program Bespoke Malaysia Kitchen Premier, sebuah program televisyen memaparkan makanan Malaysia.
Melalui status Facebook, Christina bertelagah dengan beberapa pengguna tentang  tindakan polis menahan dua wartawan Australia ketika cuba menemubual Perdana Menteri.
Christina_Arokiasamy_Food_Network_Channel_2
Christina_Arokiasamy_Food_Network_Channel_2Christina antara lain menulis, “kerana kita ada kerajaan yang paling korup”  dan “bangga menjadi rakyat Amerika.”
Christina juga mengakui, tugasnya lebih rumit dan memalukan dengan mendakwa Malaysia mempunyai Perdana Menteri yang mendatangkan aib. Kerajaan yang melantiknya sebagai duta diterajui Perdana Menteri yang sama didakwanya sebagai memalukan.
Tindakan Christina itu turut dibidas pengguna lain yang mengingatkannya ia adalah kerajaan yang sama melantiknya sebagai duta.
Christina_Arokiasamy_Food_Network_Channel_3
Christina_Arokiasamy_Food_Network_Channel_3Seorang pengguna turut menegur tindakan Christina itu dengan menyatakan masyarakat tidak memperdulikan hakikat wanita itu adalah rakyat Amerika Syarikat tetapi gelaran dijunjungnya sebagai Duta Makanan Malaysia bercanggah dengan pendiriannya.
Bagaimanapun Christina terus menulis, Malaysia sebagai negara mundur dan tidak pernah belajar.
Christina_Arokiasamy_Food_Network_Channel_4
Christina_Arokiasamy_Food_Network_Channel_4“Biarkanlah Malaysia untuk orang bodoh yang tidak tahu negara lain di seluruh dunia adalah bebas,” tulisnya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena