Thursday 17 March 2016

[Video] Video ABC buktikan wartawan tak rempuh kawalan keselamatan...KENAPA MEREKA SANGGUP BOHONG SATU DUNIA!

Khamis, 17 Mac 2016
KANTOI !!!.. Bukankah sebelum ini pihak polis mendakwa wartawan Australia tersebut ditahan kerana rempuh garisan keselamatan untuk mendekati Najib... KENAPA DALAM VIDEO ABC TIADA MENUNJUKKAN REMPUHAN BERKENAAN BERLAKU ??

DAN TIBA-TIBA.. wartawan tersebut tidak didakwa & terus dihantar pulang..

NAMPAK TAK !!!.. Apa akan jadi sekiranya wartawan tersebut didakwa di mahkamah..

INILAH MALAYSIA KU !!!

[PENDEDAHAN] Video ABC Buktikan Wartawan Tak Rempuh Kawalan Keselamatan..

Bagaimana Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar boleh kata mereka (wartawan Australia) merempuh kawalan keselamatan PM Najib. Adakah KPN cuba berbohong satu dunia ???

SEBAB ITULAH wartawan tersebut tidak didakwa di mahkamah DAN TIBA-TIBA terus dihantar pulang dgn segera.

JIKA pendakwaan dilakukan ke atas wartawan tersebut APA AKAN TERBONGKAR NANTI ???

KENAPA TV3 & RTM tak berani nak siarkan keadaan sebenar semasa wartawan Australia yg cuba menemubual Najib Razak..??

ADA TAK wartawan itu merempuh kawalan keselamatan Najib sebagaimana yg didakwa oleh Ketua Polis Negara !!!

ANDA KENAL BUKAN peranan TV3 & RTM pada UMNO/BN & kuncu2nya..

Kalau didedahkan pasti satu Malaysia tahu pembohongan mereka itu...

SIAPA PEMBOHONG SEBENARNYA !!
KENAPA MEREKA SANGGUP BOHONG SATU DUNIA !!!

[VIDEO] Kejadian sebenar di tempat kejadian..https://www.facebook.com/suararakyatpage/videos/582204891958032

Video ABC buktikan wartawan tak rempuh kawalan keselamatan

Sebuah video yang memaparkan wartawan Australia Linton Bresser mengajukan soalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kuching, Sabtu lalu jelas menunjukkan bahawa wartawan itu tidak merempuh kawalan keselamatan seperti yang didakwa oleh pihak polis.
Bresser, yang ditugaskan menyiapkan program Four Cornersterbitan Badan Penyiaran Australia (ABC) menyertai sekumpulan jurugambar dan wartawan akhbar lain mengikut Najib sebaik beliau keluar dari kereta dan menuju ke sebuah masjid di Kota Sentosa.
Najib yang pada mulanya tersenyum juga dikelilingi oleh pengiringnya, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Skhuri dan pihak polis.
"Hello Tuan Perdana Menteri, saya dari ABC Australia. Saya tertanya-tanya jika anda boleh jelaskan wang beratus juta di akaun anda?" soal Bresser yang tidak dihiraukan oleh Najib dengan muka selamba dan terus berjalan.
"Hello, Tuan Perdana Menteri, boleh anda menjelaskan wang beratus-ratus juta dolar dalam akaun anda? Tuan Perdana Menteri?" soal wartawan itu lagi.
Pada ketika ini, kedengaran pihak polis merungut “Apa ni? " dan dalam nada yang jengkel, melangkah untuk menyoal Bresser siapa dirinya.
Wartawan itu kemudian menjelaskan bahawa beliau adalah "hanya seorang wartawan yang hadir untuk sidang akhbar".
Rakaman selama 58 ssat itu dikeluarkan oleh Four Corners melalui akaun Vimeo bagi membuktikan bahawa wartawannya tidak bertindakl secara "agresif" seperti yang didakwa oleh pihak polis.
"Siapa engkau, apa engkau cuba lakukan? Tidak, tidak, tidak. Bawa dia pergi. Mana Jabatan Siasatan Jenayah?” kedengan suara seorang anggota polis.
Apabila Bresser menjelaskan bahawa dirinya adalah seorang wartawan, kedengaran anggota polis itu berkata: "Apa identiti kamu? Kami tidak tahu tentang kamu? Keluar."
Bresser dan pengendali kamera ABC, Louie Eroglu ditahan pada malam itu.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena