Tuesday 29 March 2016

Media Australia Dedah Perbelanjaan Mewah Najib (Kod Nama “Mr X”).

Selasa, 29 Mac 2016

Malaysian Prime Minister Najib Razak and wife Rosmah Mansor
Najib Razak's wife, Rosmah Mansor (right), reportedly purchased luxury items.


Media Australia dedah perbelanjaan mewah Najib

KUALA LUMPUR 29 MAC: Jutaan ringgit dari akaun Ambank yang kononnya dimiliki oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibelanjakan untuk pembelian barangan kemas, percutian, kereta mewah dan kempen politik.
najib rosmahDemikian menurut Australian Broadcasting Corporation(ABC) dalam laporannya yang memperincikan transaksi akaun di Ambank di bawah kod nama “Mr X” yang dakwanya milik Perdana Menteri, seperti dilapor Malaysiakini.
Rekod perbankan itu diperolehi oleh wartawan Four Corners, ABC tetapi laporan berkenaan tidak mendedahkan sumber rekod berkenaan.
Perbelanjaan termasuk:
Barangan kemas – RM3.2 juta (dibayar menggunakan kad kredit Platinum Mastercard dan Visa)
Kempen politik – RM24 juta untuk Shine Solar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan NGO 1Malaysia bagi mengadakan kempen untuk Barisan Nasional.
Bayaran bagi media dan pengiklanan – jumlah tidak didedahkan
Bayaran untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Liberal (LDP) – jumlah tidak didedahkan
Yayasan Rahah – RM7.5 juta (Yayasan itu dan Najib pernah sekali mendermakan lembu untuk dikorbankan kepada polis Selangor sempena Aidiladha)
Penginapan hotel – RM395,782.40 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
Beli-belah – RM360,000 dengan peruncit kain Jakel Trading
Percutian – RM178,000 kepada agensi pelancongan Two One Holidays Malaysia
Kereta mewah – RM167, 959,50 untuk kereta mewah daripada Signature Exotic Cars
Ahli perniagaan, akademik dan peguam – jumlah tidak ditentukan
(Baca berita asal DI SINIABC News

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=68769

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena