Wednesday 23 March 2016

"Saya tak melarikan diri, mana Abdul Rahman Dahlan?" Perang mulut di parlimen, Lim diarah keluar dewan.

Khamis, 24 Mac 2016

Lim: Saya tak lari, mahu berdepan Rahman Dahlan

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menafikan beliau melarikan diri daripada media ketika di parlimen awal hari ini.
Ketika ditemui pemberita sebaik kembali ke parlimen pada jam 7 malam, Lim segera bertanya di mana wartawan News Strait Timesberada.
Beliau tidak berpuas hati dengan artikel mereka awal hari ini yang bertajuk 'Guan Eng flees Parliament, avoids questions on RM2.8 mil bungalow'.
(Guan Eng melarikan diri dari parlimen, elak soalan banglo bernilai RM2.8 juta).
"Saya tak melarikan diri. Saya ada temujanji.
"Saya kembali sekarang dan saya di sini untuk berdepan (Datuk) Abdul Rahman Dahlan. Beliau mencabar saya untuk datang dan saya di sini.
"Saya tidak melarikan diri, saya di sini, jadi biar dia datang, tanya saya sebarang soalan dan saya akan jawab," kata Lim.
Beliau mengulangi rasa tidak senang dengan NST dengan menyatakan beberapa kali bahawa beliau mempunyai temujanji.
Lim terdahulu dilihat berdiam diri apabila media menanyakan soalan kepadanya beberapa jam sebelum itu.
Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan tempatan, sebelum ini terlibat dalam perang Twitterdengan Lim berhubung pembelian banglo kontroversi oleh setiausaha agung DAP itu.
Rahman dijadualkan berucap dalam dewan malam ini bagi menggulung titah Yang di-Pertuan Agung.
Malaysiakini.

Perang mulut di parlimen, Lim diarah keluar dewan

Penggunaan perkataan "bohong" mencetuskan perang mulut selama sejam di parlimen malam ini, yang berakhir dengan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) diarah keluar dewan.
Kekecohan bermula apabila Lim menuntut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan menarik balik satu kenyataan yang dibuat minggu lepas, yang menuduhnya berbohong.
Rahman bagaimanapun, mempertahankan dirinya dengan mengatakan beliau bermaksud kenyataan Lim mengenai kadar rumah mampu milik berharga RM400,000 ditetapkan oleh kerajaan pusat sebagai satu pembohongan.
Timbalan speaker Datuk Ismail Mohamad Said bersetuju dengan Rahman dan mengatakan bahawa perkataan "bohong" tidak ditujukan kepada Lim.
Ia menyebabkan perang mulut selama sejam dalam dewan, dengan Lim menegaskan bahawa perkataan "bohong" adalah tidak berparlimen dan Rahman harus menarik balik kenyataannya.
Ismail berulangkali meminta Lim mengemukakan usul jika tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat, namun gagal menenangkan keadaan.
Ia berakhir apabila Ismail mengusir Lim dari Dewan Rakyat.
Juga diarahkan keluar ialah Teo Kok Seong (DAP-Rasah) apabila timbalan speaker mengatakan beliau merakamkan kekecohan itu dengan telefon bimbitnya.
Bercakap kepada pemberita selepas diusir, Lim berkata beliau kecewa dengan keputusan Ismail.
Beliau menegaskan tidak melakukan sebarang kesalahan dan hanya mempertahankan hujah melalui Peraturan Mesyuarat.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena