Sunday, 20 March 2016

PH ajak PAS, UMNO sertai flashmob #Undur Najib, 1 April di seluruh negara..."PM gagal membela nasib rakyat".

Ahad, 20 Mac 2016

PH ajak PAS, UMNO sertai flashmob #Undur Najib

 | March 20, 2016
Perdana Menteri perlu berundur kerana gagal menjadi ketua kerajaan yang membela nasib rakyat.
najib-undur-flashmob
PETALING JAYA: Pemuda Pakatan Harapan(PH) mengalu-alukan kehadiran pemuda PAS dan UMNO yang tidak menyukai kepimpinan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak untuk menyertai ‘flashmob’ #Undur Najib.
Program tersebut diadakan bagi mengingatkan rakyat supaya mendesak Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, kerana telah gagal membela nasib rakyat.
Penganjur, Dr Afif Bahardin berkata acara ‘flashmob’ #Undur Najib itu diadakan sempena setahun perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April ini.
“Hari tersebut merupakan ulang tahun GST dikenakan di Malaysia dan kita semua tahu rakyat terbeban dengan kos sara hidup, tetapi kerajaan (pimpinan Perdana Menteri) gagal mengatasi masalah ekonomi.
“Program ini akan diadakan secara serentak di seluruh negara dan lokasinya akan ditentukan kemudian,” katanya semasa sidang media pemuda Pakatan Harapan di sini hari ini.
FMT.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena