Friday, 17 August 2018

[Video 10 janji 100 hari, apa kata rakyat?] Kenapa Anwar tidak segera TEGUR Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani? Apa sudah jadi ni?

Jumaat, 17 Ogos 2018

Foto Suara Rakyat.
PATUTLER ketika BN & Najib berkuasa bermatian2 pengerusi PAC ketika itu Datuk Hasan Arifin yg juga ahli Parlimen-BN Rompin pertahankan siasatan 1MDB tidak perlu diadakan semula..

RUPA-RUPANYA.. secara diam2 Hasan Arifin telah padam perkataan 'penting' dalam laporan 1MDB tanpa pengetahuan anggota PAC yg lain.

NAMPAK TAK !!

Yang pasti setelah BN tumbang & Najib hilang berkuasa, Dewan Rakyat kini sebulat suara telah meluluskan usul supaya Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyiasat semula penyelewengan dan skandal 1MDB serta syarikat berkaitan dengannya.

KENAPA ANWAR TIDAK SEGERA TEGUR AHLI PARLIMEN KAPAR?


Jika sebelum ini Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid tampil menuduh Tun Daim Zainuddin berada di belakang gerakan untuk menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi pengganti Tun Mahathir Mohamad, kini beliau sekali lagi muncul dengan dakwaan terbarunya.

Kali ini belau menuduh lanjutan khidmat Majlis Penasihat Kerajaan yang dipengerusikan Tun Daim oleh Tun Mahathir merupakan petunjuk bahawa Perdana Menteri enggan berundur daripada jawatannya.

Sekaligus, dakwa beliau, ia juga memperlihatkan keengganan Tun Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

Apa sudah jadi ni?

Meskipun kita tahu dakwaan Abdullah Sani adalah karut dan tidak benar, mengapakah PKR membiarkan saja beliau terus celupar seolah-olah mahu gabungan Pakatan Harapan musnah begitu saja?

Tidakkah tindakan beliau membuat tuduhan semberono secara terbuka tentang Perdana Menteri merupakan suatu perbuatan tidak manis dari segi keharmonian sesama parti dalam Pakatan Harapan?

Mengapa Anwar hanya berdiam diri dan tidak pernah memberi sebarang reaksi berkenaan apa yang didakwa oleh Abdullah Sani itu?

Mengapa tidak ditegur, kalau pun tidak mahu sebarang tindakan disiplin dikenakan kepadanya?

Adakah berdiam dirinya Anwar  bermakna beliau bersetuju dengan segala dakwaan oleh Abdullah Sani itu?

Apakah ini bermakna Anwar tidak menyayangi lagi Pakatan Harapan?

Bukankah jika Anwar masih menghargai kewujudan Pakatan Harapan, langkah pertama yang mesti diambilnya ialah menegur Abdullah Sani kerana ia merupakan percikan elemen perpecahan yang sengaja diwujudkan?

Kalau keceluparan Abdullah Sani itu pula semata-mata kerana kempen pemilihan parti yang sedang berjalan, adakah ini bermakna Anwar dan Dr. Wan Azizah lebih menyokong Rafizi Ramli berbanding Azmin Ali?

Apa pun hujahnya, Anwar tiada alasan lagi untuk terus berdiam diri dalam perkara ini. Sebagai bakal Perdana Menteri, inilah ujian pertama menguji kewibawaannya. (ShahbudinHusin 17/08/2018)

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena