![](https://i.malaysiakini.com/1301/bd5e4b330dc86e9400e56792191fe014.jpeg)
Bendera HARAPAN dikibar buat pertama kali di PRK Balakong
Bendera HARAPAN dikibar buat pertama kali di PRK Balakong, Seri Setia.
![](https://i.malaysiakini.com/1301/7929d5a1d2e3c09496d16db95230ae1e.jpeg)
Hari ini adalah hari penamaan calon untuk pilihan raya kecil(PRK) Balakong dan Seri Setia di Selangor - kira-kira 100 hari selepas PRU14 pada bulan Mei.
Dua kerusi Pakatan Harapan itu menjadi kosong selepas kematian penyandangnya - ADUN Balakong, Eddie Ng Tien Chee yang meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada 20 Julai, manakala ADUN Seri Setia, Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia pada 2 Ogos kerana kanser kolon.
Pencalonan ditetapkan untuk bermula pukul 9 pagi dan akan berakhir pada pukul 10 pagi.
Proses penamaan calon bagi PRK Balakong di Pejabat Daerah Hulu Langat manakala PRK Seri Setia: Proses penamaan calon di Dewan Sivik, MBPJ
Manakala Bernama melaporkan bendera Pakatan Harapan dikibar secara rasmi buat pertama kali, iringi calon PH di PRK Balakong dan Seri Setia.
![](https://i.malaysiakini.com/1301/a69cfa7463b7a1ba8abf3c5a72ddd926.jpeg)
PRK Balakong, Calon MCA Tan Chee Teong serah borang pada pukul 9.07 pagi. PRK Seri Setia: MCA catat sejarah buat pertama kali guna logo parti sendiri.
Manakala calon HARAPAN, Wong Siew Ki serah borang pada pukul 9.12 pagi.
Di Seri Setia: Calon HARAPAN Halimey Abu Bakar serah borang pencalonan.
0 comments:
Post a Comment