Thursday 23 August 2018

[Video Dr M 'sembur' kali ke-2, 'pihak Malaysia yang tandatangan kontrak bodoh!'] Hadi-"Kerjasama Umno, Pas boleh diperkukuhkan" & Pas BAKAL MASUK BN? Jom ke Seri Setia, 'raikan perkawinan' kami...

Jumaat, 24 Ogos 2018

Image may contain: 14 people, people smiling, outdoor
Jom ke Seri Setia, 'raikan perkawinan' kami... 
Tumpang sekole.

Image may contain: 6 people, people smiling, text
Foto Suara Rakyat.

MASIH INGAT !!.. kenapa Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dipecat daripada PAS ?

Husam dituduh memfitnah presiden PAS ingin membawa PAS bekerjasama dengan UMNO dalam ceramahnya di Pasar Kedai Mulong, Kota Baharu.


Tahniah Haji Husam Musa kerana mempunyai bacaan politik yang tajam.

SEKARANG.. "Kerjasama UMNO, PAS boleh diperkukuhkan. Ia dianggap sebagai langkah yang tepat" - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

#HadiPenipuTegar #PasDuluKiniSelamanyaMenipu



Image may contain: 2 people, text



PAS BAKAL MASUK BN?


Selepas menjalin persefahaman dengan UMNO dalam pilihanraya kecil iaitu Sungai Kandis dan sekarang di Seri Setia, Pas kemudiannya  turut mengorak langkah untuk berbaik sama dengan MCA dan juga MIC.

Dalam pilihanraya kecil Balakong di mana MCA bertanding yang tarikh pengundiannya serentak dengan Seri Setia, PAS secara terbuka menyatakan sokongannya kepada calon parti itu.

Dengan MIC, barisan kepimpinan Pas yang diketuai Hadi Awang pula telah mengadakan perbincangan rasmi dengan kepimpinan baru parti tersebut dan kedua-duanya sepakat menyatakan kesediaan untuk saling bekerjasama.

Bermakna, jika selepas ini ada pilihanraya kecil yang yang kouta bertandingnya dimiliki oleh MIC, Pas tiada masalah lagi untuk turut menyatakan sokongannya terbuka kepada calon parti itu, sama seperti yang dilakukannya kepada MCA di Balakong.

Secara kebetulan, ketiga-tiga parti yang Pas sudah bekerjasama, menyatakan sokongan terbuka dan dekati itu ialah saki-saki yang masih tinggal dalam BN sekarang ini.

Sebelum PRU14, BN ada 13 parti komponen di dalamnya, tetapi sebaik ia hilang kuasa, satu demi satu meninggalkannya hingga yang masih setia ketika ini hanyalah UMNO, MCA dan MIC saja.

Adakah dengan berbaik-baik dengan ketiga-tiga parti itu merupakan petunjuk bahawa Pas akan menyertai BN?

Apakah ia mustahil?

Tidak ada yang mustahil dalam politik selagi yang masing-masing kejar ialah kuasa kerana dalam keinginan untuk mengejar kuasa, mereka boleh berpakat dengan sesiapa saja.

Malah, akan sentiasa ada dalil, nas atau bakal dicari hadis-hadis tertentu untuk menghalalkan apa yang mahu dilakukan itu.

Itulah seronoknya bermain politik yang nikmatnya tidak kedapatan jika sekadar menubuhkan persatuan, NGO atau sekadar sembang-sembang politik di kedai kopi.

Tidak kira apa anutan sekali pun parti politik yang terlibat, baik Islam, nasionalis atau apa saja, hukum politiknya adalah sama iaitu kuasa dan demi kuasa, semua perkara jadi boleh belaka.

Di sudut yang lain, sebenarnya juga menyertai BN juga adalah satu-satunya pilihan jika benar Pas mahu menguatkan kedudukan pembangkang selepas era tumbangnya BN pada pilihanraya 9 Mei lalu.
Ini kerana jika Pas terus sendirian dan bertanding atas logonya sendiri, meskipun sekiranya ada persefahaman dengan UMNO, MCA dan MIC atau dengan BN itu sekali pun, keberangkalian terus wujudnya kekeliruan di kalangan pengundi adalah tidak dapat dielakkan.

Lagi pula, jika masih Pas bertanding dengan logo sendiri dan UMNO, MCA serta MIC pula terus menggunakan simbol dacing, ia tidak akan mampu meresahkan, jauh sekali menggerunkan Pakatan Harapan yang kini sudah mula bertanding atas simbol sendiri iaitu HAR🔺PAN.

Lulusnya pendaftaran Pakatan Harapan untuk gabungan itu bersaing secara rasmi dengan BN adalah langkah terbaik ke arah kematangan dan membawa politik negara menuju sistem dua parti yang sebenarnya mampu membawa lebih kebaikan kepada rakyat.

Bersendirian, mewujudkan blok ketiga atau terus dengan Gagasan Sejahtera adalah adalah langkah yang tidak lagi relevan bagi Pas.
Maka, untuk menjayakan sistem dua parti dalam negara ini serta memungkinkan untuk memberi cabaran kepada Pakatan Harapan, Pas tiada pilihan lain selain menyertai BN dan berhenti daripada terus bertanding atas logo bulan. (ShahbudinHusin 21/08/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena