Monday 27 August 2018

[Video Dulu Kita Buat Nak Tangkap Pembangkang, Sekarang Kita Pembangkang] Hari ini polis soal siasat Najib lagi! NAJIB satu-satunya PM didakwa 7 pertuduhan jenayah pecah amanah, salah guna kuasa & pengubahan wang haram.

Isnin, 27 Ogos 2018


Foto Suara Rakyat.
SEKALI LAGI.. Polis hari ini menyoal siasat bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung siasatan berterusan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla).

SEJARAH MALAYSIA Tak Akan Terpadam...

NAJIB RAZAK satu-satunya Perdana Menteri Malaysia didakwa 7 pertuduhan jenayah iaitu pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.


Isu 1MDB: Polis rakam kenyataan Najib bawah Amla 2001

Polis hari ini merakamkan kenyataan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amla) 2001.
Akhbar Sinar Harian melaporkan ahli parlimen Pekan itu hadir di Menara 238 di Jalan Tun Razak, yang menempatkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) kira-kira jam 10 pagi tadi, dan proses itu berlangsung kira-kira satu jam.
Awal bulan ini, Najib berdepan dengan tiga tuduhan pengubahan wang haram di bawah Amla 2001, dan empat tuduhan lain terdahulu dipinda, berhubung dana RM42 juta milik SRC International yang berada dalam akaun peribadinya.
Tiga deposit itu, masing-masing berjumlah RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta, dimasukkan ke dalam akaun AmIslamic miliknya antara 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015.
Tiada pengakuan dicatatkan.
Di bawah pertuduhan tersebut, Najib berhadapan hukuman penjara 15 tahun dan denda sebanyak lima kali ganda jumlah wang yang diubah, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, adalah dilaporkan bahawa 16 barangan termasuk barangan kemas, wang tunai, termasuk matawang asing dan beg tangan mewah, dirampas daripada enam hartanah yang dikaitkan dengan Najib, yang disiasat di bawah Amla 2001.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena