Tuesday 28 August 2018

[Video Saya pun boleh buat dakwaan saudari ada bercinta dengan...] Mat Sabu: Kunjungan ke Selatan Thai urusan peribadi! BAPA BOREK ANAK RINTIK...FOREST CITY DAN SULTAN JOHOR dalam perang Mahathir-China & Semoga Allah peliharakan negara kita.

Selasa, 28 Ogos 2018

Kunjungan ke Selatan Thai urusan peribadi, kata Mat Sabu

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata kunjungan beliau pada majlis korban di sebuah perkampungan di selatan Thailand baru-baru ini adalah hal peribadi.
Sebuah portal berita melaporkan beliau menghadiri majlis korban di sebuah masjid di Phatthalung yang dikatakan menjadi markas syiah di wilayah itu.
“Itu saya tidak perlu jawablah, ia hanya dakwaan sahaja (hadir majlis korban syiah). Saya hadir majlis korban di banyak tempat di Thailand setiap tahun seperti di kem keamanan di sana.
“Ia adalah urusan peribadi dan saya hadir atas dasar jemputan serta diiringi pihak tentera,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya hari ini lapor Bernama.
Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata tiga anggota pasukan khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berkhidmat sebagai pengiring rapat kepada bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, telah kembali berkhidmat dengan ATM.
Media sebelum ini, melaporkan ketiga-tiga mereka masih menjadi pengiring Hishammuddin, yang tidak lagi memegang portfolio Menteri Pertahanan berikutan kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mei lalu.
MD.

BAPA BOREK ANAK RINTIK...



PEGAWAI SPRM membawa tujuh pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) yang bertugas di Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini untuk ditahan reman berhubung kes penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) membabitkan jutaan ringgit.

Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Sumber:
#beritaharianonline
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena