Thursday, 16 August 2018

[Video Lim Guan Eng Pecah Rahsia Dedah Kaitan Najib Jho Low dan 1MDB di USA] Ketua audit, PAC akan siasat semula 1MDB, dedah kepada umum & "Umno Bapak Segala Kaki Putar Belit", kata Jho Low...TEPOKK!

Jumaat, 17 ogos 2018
Foto Suara Rakyat.
TU DIA !!!.. Lepas saja Najib menerima 7 pertuduhan dri mahkamah berkait pecah amanah jenayah, salah guna kuasa & pengubahan wang haram tempohari... tiba-tiba Khairy skrg ini nak jadi hero Umno ??!

"UMNO Bapak Segala Kaki Putar Belit" - Jho Low


Foto Suara Rakyat.
Ada di antara pemimpin Umno dah mula bersuara pertikai Najib dlm penglibatan beliau dalam kempen pilihanraya baru2 ini dgn katanya antara punca kekalahan BN dlm PRK Sg. Kandis adalah penglibatan Najib secara terang2an dlm kempen pilihanraya kecil tersebut.

TETAPI.. masih ada lagi nak pertahankan Najib w'pun kredibiliti Najib dah tercalar membusuk berikutan 7 pertuduhan Najib berkait pecah amanah & salahguna kuasa dlm skandal 1MDB.

Biarkanlah Najib bebas bergerak bersuara. Lagi senang Umno/BN berkubur nanti...

TEPOKK...

Ketua audit, PAC akan siasat semula 1MDB, dedah kepada umum

 | August 16, 2018
Usul itu turut disokong ahli Parlimen BN yang tidak bersetuju dengan sebarang perbahasan atau pertanyaan mengenai isu itu pada sesi Dewan Rakyat lalu.



KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan usul untuk ketua audit negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) membuka semula siasatan ke atas skandal 1MDB dan mendedahkan semua maklumat berkaitan kepada umum.
Usul yang dibawakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng itu turut disokong ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak bersetuju sebarang perbahasan atau pertanyaan mengenai isu 1MDB pada sesi Dewan Rakyat lalu.
Antaranya, Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) yang membahas dan menyokong usul itu.
“Dewan Rakyat mengambil ketetapan supaya ketua audit negara dan PAC menyiasat semula penyelewengan dan skandal 1MDB dan syarikat-syarikat berkaitan supaya maruah Dewan ini dapat dipulihkan dan segala maklumat berkaitan harus didedahkan kepada umum,” menurut usul itu.
Pada 12 Mei lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan status rahsia laporan siasatan ketua audit negara ke atas 1MDB digugurkan.
“Saya beri arahan kepada polis untuk mengugurkan sekatan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan mereka akan menghantar laporan itu kepada saya dan saya akan menelitinya,” kata perdana menteri 3 bulan lalu.
Laporan audit itu dibentang ke PAC susulan kontroversi kewangan dan pelaburan 1MDB yang dikatakan mengalami kerugian RM42 bilion.
Laporan itu dikelaskan di bawah OSA pada 2016 dan ahli Parlimen hanya dibenarkan mengkaji laporan itu, tetapi tidak boleh mendedahkan butirannya.
FMT

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena