Thursday 16 August 2018

[Video Hanipa Maidin Pertahankan Dr Mahathir Yang Diperli MP Pas] Timb. Pengerusi Majlis Syura Ulamak PAS selamba jer tabur #FITNAH? Bekas pengerusi PAC mengaku padam perkataan dalam laporan 1MDB.

Khamis, 16 Ogos 2018
Foto Suara Rakyat.
TU DIA !!!.. MB Kelantan Dato’ Ustaz Ahmad Yakob yg juga Timbalan Pengerusi Majlis Syura Ulamak PAS selamba jer tabur #FITNAH..

Adakah kerana kamu pejuang parti yg kononnya perjuangkan Islam dan sentiasa berkopiah, MAKA KAMU KEBAL DARIPADA DOSA MELAKUKAN FITNAH ?

Sumber Fitnah Timbalan Pengerusi Majlis Syura Ulamak PAS:
https://twitter.com/datoahmadyakob/status/1028842154444173312

Bekas pengerusi PAC mengaku padam perkataan dalam laporan 1MDB


Bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam hari ini berkata dia memadam beberapa baris perkataan dalam laporan jawatankuasa itu berhubung 1MDB kerana dimaklumkan maklumat berkenaan "bertaraf risikan".
Datuk Hasan Arifin, yang mendiamkan lebih dua tahun, memberitahu Dewan Rakyat bahawa dia membuat perkara itu pada 2016 bagi menghapuskan bahagian mengenai pemilikan Good Star Limited (GSL) selepas menerima surat dari Bank Negara Malaysia (BNM).
Menurutnya, BNM menulis surat dan memaklumkan bahawa maklumat berhubung GSL itu "bertaraf risikan".
Bercakap ketika membahaskan usul kerajaan agar PAC membuka semula siasatan ke atas 1MDB, Hasan berkata keputusan yang dibuatnya itu adalah bagi menjamin integriti PAC.
"Memandangkan maklumat itu tidak boleh didedahkan kepada orang awam, maka saya tarik balik (hapus) perkataan itu dan maklumkan kepada PAC," katanya.
Tambahnya, BNM tidak boleh mengesahkan bahawa GSL, yang didakwa menerima AS$1 bilion pada Sept 2009 dari 1MDB, dimiliki oleh ahli perniagaan kontroversial 1MDB.
Pendedahan Hasan mendapat kritikan daripada Tony Pua (HARAPAN-Damansara) yang berkata Hasan seharusnya memaklumkan anggota PAC terlebih dahulu dan menyifatkan beliau tidak menghormati anggota PAC yang lain.
Hasan kemudian berkata, sekiranya beliau mendedahkan surat BNM itu kepada anggota PAC, ia sama seperti beliau mendedahkan isu berkenaan kepada umum.
Terdahulu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata Hasan bersalah kerana menyembunyikan maklumat berkenaan.
Hasan bagaimanapun mencabar Lim untuk menunjukkan negara mana atau agensi mana yang boleh membuktikan pemilik GSL.
Hasan turut mengancam untuk merujuk Lim kepada jawatankuasa pemilih bagi menjaga maruahnya.
Dalam ucapan penggulungannya, Lim berkata jika dibandingkan dengan maruah seorang individu, adalah lebih penting untuk PAC mendedahkan pihak yang menyebabkan hutan RM50 bilion 1MDB.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena