Friday 31 August 2018

[Video Merdeka Malaysia ke-61 berlangsung meriah di Putrajaya] Ini Negara Kita, Jatuh Bangun Kekal Bersama dan JANGAN LARI! 'Naik Angin Di Hari Merdeka'-Malaysia Akhirnya Merdeka Daripada Najib dan Rosmah! Irwan Serigar tak endah permohonan LHDN, kata menteri.

Jumaat, 31 Ogos 2018

Malaysia Akhirnya Merdeka Daripada Najib 

dan Rosmah 

Jufazly Naik Angin Di Hari Merdeka


Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and text

Image may contain: 8 people, people standing
Image may contain: 19 people, people smiling, people standing
Sambutan meriah Hari Kemerdekaan ke-61 buat kali pertama setelah Umno Barisan Nasional berjaya digulingkan dari tampuk kekuasaan sungguh manis dan penuh bermakna. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sungguh ceria dan bertenaga menyaksikan perbarisan kawalan kehormatan buat kali pertama bersama kerajaan persekutuan Pakatan Harapan.  Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Anwar Ibrahim berada sepentas sederap mengetuai kerajaan dan rakyat Malaysia meraikannya bersama-sama Baginda Tuanku. 
Tumpang sekole.

Irwan Serigar tak endah permohonan LHDN, kata menteri

Menteri Kewangan mendakwa bekas ketua setiausaha Perbendaharaan tidak mengendahkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang meminta supaya memindahkan peruntukan mencukupi kepada Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC) seperti sepatutnya.
Kata Lim Guan Eng permohonan itu tidak dipenuhi Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah walaupun ia dibuat secara rasmi melalui surat daripada ketua pengarah LHDN.
Dalam satu kenyataan penjelasan hari ini Lim berkata Ketua Pengarah LHDN menulis kepada Mohd Irwan untuk meminta bekas pegawai kanan kerajaan itu memindahkan lebih banyak wang kepada TBBC.
"Tetapi ia tidak diambil peduli oleh Mohd Irwan," katanya.
Apa yang dilakukan itu, menurut Lim, boleh dianggap sebagai pemalsuan akaun dan penyelewengan tunggakan bayaran balik baki kredit untuk digukaan bagi tujuan lain.
Katanya ia juga boleh dianggap cubaan kerajaan BN menutup defisit mereka supaya kewangan kerajaan dalam dipaparkan dalam keadaan ada lebihan.
Lim sebelum itu menjelaskan isu mengenai cukar lebihan bayar - berjumlah RM16.046 bilion sehingga 31 Mei lalu - yang gagal dibayar balik oleh LHDN kepada pembayar cukai sejak lebih enam tahun lalu.
Siapa patut tanggungjawab
Katanya isu itu sedang disiasat polis sebagai kes pecah amanah.
"Baki kredit yang belum dibayar balik oleh LHDN itu melibatkan 1,653,786 syarikat, individu, persatuan dan yayasan," katanya.
Menurut Lim jumlah tunggakan itu besar kerana berlaku kekurangan penyaluran pindahan hasil cukai langsung yang dikutip ke dalam akaun amanah TBBC.
Katanya bayaran balik cukai hanya boleh dibuat berdasarkan kepada jumlah baki dalam tabung berkenaan.

Berdasarkan rekod Jabatan Akauntan Negara setakat 31 Mei lalu, Lim berkata, baki yang ada dalam TBBC hanya RM1.486 bilion dan ia jauh lebih rendah daripada keperluan semasa.
"Dengan kata lain wujud kekurangan RM14.56 bilion yang menyebabkan 1,653,786 pembayar cukai tidak mendapat balik lebihan bayaran mereka sejak lebih enam tahun lalu.
"Justeru adalah jelas RM14.56 bilion yang tidak dipindahkan dari Kumpulan Wang Disatukan kepada TBBC dianggap sebagai hasil kerajaan oleh kerajaan BN.
"Ini adalah tidak tepat dan terlebih lapor," katanya.
Menurut Lim Jawatankuasa Pengurusan Wang Tunai Kementerian Kewangan mengadakan mesyuarat secara bulanan dan ia dipengerusikan oleh Mohd Irwan.
Lim kemudian membangkitkan persoalan siapa patut dipertanggungjawabkan atas masalah yang berlaku itu.
"Perkara pokoknya ialah, siapa yang sebenarnya bertanggungjawab? Adakah Mohd Irwan atau mantan menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak, atau kedua-duanya sekali?" katanya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena