Thursday 16 August 2018

[Video Pengerusi PAC, MP BN Terkedu Kena Hentam Dengan Lim Guan Eng] SEJAK GAGAL JADI 'KING MAKER', sudah berubahkah pendirian Pas sekarang ini? Apa lebihnya MCA di mata Pas berbanding PKR, DAP, Amanah dan Bersatu?

Jumaat, 17 Ogos 2018

SEJAK GAGAL JADI 'KING MAKER', SUDAH BERUBAHKAH PENDIRIAN PAS?


Menjelang pilihanraya kecil Balakong pada 8 September depan, Pas awal-awal lagi sudah membuat ketetapan agar ahli dan penyokong parti itu mengundi calon MCA dalam piliharaya tersebut.

Pesiden Pas, Hadi Awang dilaporkan berkata itu, keputusan itu dibuat atas semangat bahawa Pas dan MCA adalah "sesama parti pembangkang".

Ini bermakna hanya tidak sampai 100 hari Pakatan Harapan mentadbir negara dan usaha untuk menjadi "king maker" dalam PRU14 lalu tidak menjadi kenyataan, sudah dua kali Pas membuat pendirian menyokong calon daripada parti komponen BN dalam pilihanraya.

Sebelum ini Pas juga mengeluarkan arahan agar ahli dan penyokongnya mengundi calon UMNO, Lokman Noor Adam dalam pilihanraya kecil yang diadakan di Sungai Kandis.

Meskipun mendapat sokongan Pas, calon BN Sungai Kandis bagaimanapun tewas kepada calon PKR dengan majoriti 5,842 undi.

Persoalannya, sejak bilakah Pas pandai menggunakan alasan "sesama parti pembangkang"  untuk menghalalalkan keperluan mengundi calon parti MCA?

Mengapa sebelum sebelum ini Pas tidak mahu mennggunakan alasan yang sama dalam mana-mana pilihanraya kecil, bahkan dalam PRU14 yang lalu?

Bukankah ketika itu Pakatan Harapan adalah "sesama parti pembangkang" dengan Pas?

Apa lebihnya MCA di mata Pas berbanding PKR, DAP, Amanah dan Bersatu?

Dengan membuat gesaan agar mengundi MCA, apakah Pas, khususnya Hadi Awang sebenarnya turut lupa tentang pendirian mengenai Islam yang selalu diperjuangkannya selama ini?

Apakah MCA tidak menentangkan Islam dan lebih baik "keIslamannya" berbanding DAP?

Bukankah MCA parti paling kuat menentang usul RUU355, termasuk ugutan meletak jawatan daripada kabinet yang sehingga akhirnya Najib Razak sewaktu jadi Perdana Menteri ketika itu takut untuk menjadikan usul mengenai mahkamah syariah itu sebagai usul kerajaan, malah menangguh-nangguhkan perbahasannya di Parlimen?

Lupakah Hadi Awang bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa orang Melayu (sudah pasti termasuk ahli dan penyokong Pas juga) bahawa mereka mesti mengundi parti yang dapat membela Islam?

Di Balakang ini, di sudut mana MCA sudah bertukar  jadi pembela Islam?

Sudah berubahkah pendirian Pas sekarang ini? (ShahbudinHusin 16/07/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena