Tuesday 28 August 2018

[Video Mengapa Umno senyap, takut?] Datuk Hasanah ditahan SPRM! ADAKAH Najib akan kata #TakTahu? Hentilah mainkan isu mazhab, Hanipa tegur Rozaimi.

Selasa, 28 Ogos 2018

Foto Suara Rakyat.
Jeng.. Jeng.. Jeng.. Akhirnya bekas pengarah perisikan Datuk Hasanah yang menulis surat kontroversi kepada CIA sebelum PRU14 meminta sokongan AS kepada kerajaan BN-Najib kini#ditahan #SPRM..

Adakah bekas pengarah perisikan tersebut tulis surat kpd CIA suka2 hati atau dpt arahan drpd seseorang ??!

Moga siasatan telus & adil dpt dilakukan agar mereka yg tak bertanggungjawab & boleh dikatakan khianat pd YDP Agong & negara diheret ke muka pengadilan..

ADAKAH KALI INI Najib akan kata.. #TakTahu? Jgn pula nnti ada yg sanggup jadi 'kambing hitam'..

Hentilah mainkan isu mazhab, Hanipa tegur Rozaimi

Jarang-jarang berlaku, tetapi sesekali Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 'membela' parti yang selalu menjadi kecamannya, iaitu PAS.
Kali ini Hanipa Maidin mempertahankan tindakan pemimpin PAS berbaik-baik dengan Iran tetapi dikritik seorang pendakwah terkenal di negara ini Dr Rozaimi Ramle.
Kata Hanipa penglibatan PAS dengan Iran bukan sesuatu yang baru, malah pemimpin parti terbabit yang sangat dihormati ramai, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah ke Iran.
Malah kata Hanipa bekas mursyidul am PAS berkenaan menyertai program dianjurkan oleh penganut Syiah.
"Tapi itu bukan bermakna mereka Syiah. Kita perlu adil walaupun terhadap orang yang kita tak suka," katanya.
Hanipa berkata demikian sebagai mengulas laporan Malaysiakini mengenai teguran Rozaimi terhadap penyokong PAS.
Kata Rozaimi, penyokong PAS dilihat bersikap taasub kerana mengecam seorang menteri negara ini yang mengadakan program di kawasan petempatan negara jiran yang didiami penganut Syiah tetapi mempertahankan kunjungan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Iran pada penghujung 2016.
"Apabila melihat berita ini, dengan hormat, saya ingin kata mungkin orang parti tu pun boleh kata pada Dr (Rozaimi): enta pun dua kali lima juga... taasub dari segi lain," kata Hanipa.
Justeru Hanipa yang juga anggota parlimen Sepang menyarankan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris itu tidak berhujah menggunakan isu perbezaan mazhab.
"Jadi berhentilah mainkan isu mazhab ni Dr. Ia hanya membuat imej dan reputasi anda merosot," katanya.
Menurut Hanipa beliau sendiri banyak membaca kitab-kitab ulama Syiah semasa masih bersekolah.
Bagaimanapun kata Hanipa tindakan itu tidak menyebabkan beliau bertukar menjadi penganut fahaman Syiah.
"Saya tetap kekal dalam mazhab Sunni walaupun banyak kali difitnah dan dituduh bermazhab Syiah. Tak ada masalah, isu kecil," katanya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena