Tuesday 28 August 2018

[Video Checkmate! Kenyataan Terbuka Kepada Musa Aman Perompak Wang Rakyat Sabah..."MAMPUS lah kau sekarang!"] YANG CADANG Umno, TAPI YANG KENA FITNAH PH...Hebat kerjasama Utusan & cybertrooper mereka! Daripada Hal Peneroka Kepada Kontrak Bodoh.

Selasa, 28 Ogos 2018

Gambar terbaharu Musa yang dikatakan berada di Hospital Mount Elizabeth di Singapura bagi menjalani
Gambar terbaharu Musa yang dikatakan berada di Hospital Mount Elizabeth di Singapura bagi menjalani rawatan berkaitan pembedahan pintasan jantung baru-baru ini. Beliau dikatakan telah ditahan polis pagi tadi.
Kosmo Online.
Foto Suara Rakyat.

Gejala fitnah & sebar berita palsu semakin berleluasa semenjak kekalahan Umno/BN dan pembangkang di PRU14 tempohari.

YANG CADANG UMNO, TAPI YANG KENA FITNAH PH ??!
Hebat kerjasama Utusan & cybertrooper mereka.. 
http://www.utusan.com.my/berita/politik/henti-beri-bonus-duit-raya-kepada-penjawat-awam-1.736281

Daripada Hal Peneroka Kepada Kontrak Bodoh

Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Suka duka hidup peneroka: Rumah ditimpa pokok ketika ribut
SEMALAM, 24 Ogos, saya dan tiga orang rakan seperjuangan ketika di kumpulan New Straits Times Press (NSTP) melawat Felda Gugusan Chini di Pahang untuk kenduri korban.

Terima kasih kepada sahabat peneroka kerana memberi maklumat dan maklum balas yang berguna, daripada hal calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakatan Harapan yang didakwa tidak muncul-muncul lagi selepas kalah Pilihan Raya Umum (PRU) sehinggalah kepada masalah pendaftaran ahli, penubuhan cawangan dan kewangan PPBM serta harga kelapa sawit yang lembap dan kemarau yang teruk.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Berkenaan bekas calon, saya masih ingat berkempen beberapa kali untuk beliau. Dia adalah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sejak awal lagi sudah ada rasa terkilan di kalangan pengundi Chini sebab dia bukan orang tempatan sebaliknya dari sebuah rancangan Felda yang lain. 

Saya harap bekas calon itu muncul lah dan kalau ada habuan yang boleh dikongsi, berkongsi lah.

Saya terkejut dengan respons seorang peneroka apabila salah seorang rakan seperjalanan berkata bahawa PH kena bersedia untuk pilihan raya lima tahun lagi. Seorang penduduk itu membalas, mungkin tidak perlu tunggu selama itu.

Katanya, mungkin setahun lagi pilihan raya kecil (PRK) terpaksa diadakan kerana Ahli Parlimen (MP) mereka disabitkan kesalahan oleh mahkamah.

Dia merujuk kepada MP Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, yang sedang menghadapi beberapa tuduhan jenayah bersabit skandal SRC Interternational. SRC International adalah bekas anak syarikat 1MDB. Chini adalah salah sebuah daripada empat kerusi DUN Pekan.

RCI ECRL

Bercakap pasal Najib, saya menyokong penuh cadangannya agar kerajaan PH menubuhkan RCIprojek ECRL dan saluran gas paip Sabah TETAPI dengan dua syarat.

Nombor satu, kita masukkan juga projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan nombor dua, Najib mesti suruh pesekongkolnya dalam skandal 1MDB, Low Taek Jho aka Jho Low balik ke tanah air.

Kalau Najib kata dia tak bersalah, dia wajib bawa Jho Low balik untuk jadi saksi melainkan orang lain yang sebenarnya berkonspirasi dengan Jho Low dan orang atau beberapa orang lain yang bersekongkol dengan Jho Low itu adalah orang yang Najib hendak lindungi.

Sekarang keadaan menjadi lebih mendesak bagi Mohd Najib sekiranya dia betul-betul tidak bersalah untuk menyuruh Jho Low balik. Ini adalah kerana Jho Low sendiri sedang dalam proses dituduh macam Najib, di mahkamah Malaysia.

Kalau Najib suruh Jho Low balik, bolehlah mereka dan peguam-peguam mereka yang handal-handal itu berpakat mempertahankan mereka secara bersama.

Tapi kalau Mohd Najib berdegil juga tidak mahu bekerjasama bawa balik Jho Low, pihak pendakwa raya patut membuka kes terhadap orang yang disyaki bersangkut-paut dengan beliau.

Ini sudah pun mula dilakukan polis dan Peguam Negara apabila mereka menyeret bapa Jho Low, Tan Sri (Larry) Low Hock Peng, ke mahkamah bersama-sama anaknya.

Tan Sri Larry Low (kanan) dituduh bersama anaknya Jho Low (kiri)

Serentak itu, pihak berkuasa percukaian macam Lembaga Hasil Dalam Negeri wajar membuka fail ke atas orang yang diketahui atau disyaki menerima habuan daripada sumber haram 1MDB, Umno dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk pelbagai tujuan bagi memastikan sama ada mereka membayar cukai atau tidak ke atas pendapatan mereka itu.

Siasatan dan dakwaan berkaitan cukai pendapatan adalah antara senjata yang digunakan olehRudolph William Louis Giuliani aka Rudy Giuliana ketika menjadi Peguam Negeri New York dalam memusnahkan sistem jenayah Mafia di bandar raya itu.

“Sihir Singapura”

Saya setuju dengan Mohd Najib berkenaan RCI ini kerana kita nak tahu pasal apa dia atau kerajaan Barisan Nasional (BN) buat "perjanjian bodoh" dengan China dan Singapura?

Adakah kerana kerajaan BN dah tak ada cara lain melainkan berhutang besar-besaran untuk bayar balik hutang 1MDB atau ada sebab-sebab lain Malaysia tunduk kepada China dan Singapura?

Misalnya apakah China dan Singapura mempunyai satu rahsia besar atau cengkaman maut yang memaksa Mohd Najib dan kerajaan BN tunduk kepada kehendak mereka?

Kita tahu masa HSR dirundingkan, beberapa kes jenayah berkaitan dengan 1MDB sedang dibicarakan di Singapura.

Apakah ini cara Mohd Najib “memujuk” Singapura agar tidak melibatkan Jho Low atau beliau sendiri dalam kes-kes jenayah itu?

Umno dan BN bukan saja berdiam diri malah memberi sokongan bulat kepada Mohd Najib seolah-olah dia adalah dewa dari kayangan kerana boleh dikatakan hampir semua ketuanya disogok dengan duit songlap 1MDB.

Jadi RCI yang Mohd Najib cadangkan itu boleh memberi pencerahan mengapa kerajaan BN menandatangani perjanjian bodoh dengan negara-negara asing.

Ketua-ketua Umno yang terima duit 1MDB itu wajib dipanggil untuk bagi keterangan sebab Mohd Najib mungkin telah menceritakan kepada mereka tujuan beliau menubuhkan 1MDB, berhutang secara bodoh daripada China dan tunduk kepada Singapura.

Kita jangan sekali-kali lupa. China negara besar. Singapura negara canggih. Kedua-dua mereka mempunyai sistem risikan yang  luas dan rapi. Takut-takut ada rahsia pemimpin kita yang mereka simpan dan boleh digunakan untuk tujuan strategik.

Wallahuaklam.

1 comments:

Carlos Santiago said...

cybertrooper lantikan BN dulu kn ramai. sekarang ni dh takde fulus masyuk... apa lagi.. meroyan jela... hahahhaa


mohon exchangelist

bankami.blogspot.com

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena