Sunday 19 August 2018

[Video BN korup, minta 30 peratus saham dari pelabur China untuk orang tertentu] Bekas Mursyidul Am Pas: 55 tahun kita berjuang nak tenggelamkan Umno, apabila Umno hampir lemas kenapa kita nak pergi tolong?

Ahad, 19 Ogos 2018


Foto Suara Rakyat.
"Selama 55 tahun kita berjuang nak tenggelamkan UMNO, apabila UMNO hampir lemas kenapa kita nak pergi tolong..?" - Bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

"Siapa-siapa yang mahu ajak PAS nak bersama dengan UMNO saya kan ludah muka orang tu.." - Bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

"Musuh.. bila dia sokong kita, mesti ada yang tak kena" - Bekas Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor

TEPOKKK..

'BN korup, minta 30 peratus saham dari pelabur China untuk orang tertentu'

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan BN sebelum ini korup dalam menerima kemasukan pelabur China ke negara ini.
Beliau berkata demikian semasa Forum Pemimpin Kelab Usahawan China di China World Summit Wing Hotel di Beijing hari ini.
Mahathir ditanya oleh salah seorang usahawan China semasa forum berkenaan mengenai kebimbangan terhadap prosedur ketika menjalankan perniagaan di Malaysia.
"Saya fikir, kerajaan baru (Pakatan Harapan) telah mengambil masa lebih kurang tiga bulan lalu. Jadi, dasar kerajaan lama (BN) adalah apa yang mengakibatkan kerajaan menjadi sukar kerana kerajaan (sebelum ini) tidak cekap, ia korup.
"Terdapat kes di mana pelabur diminta memberi 30 peratus saham kepada sesetengah orang. Itulah sebabnya ada kelewatan kerana orang tertentu cuba mendapatkan wang daripada pelabur," katanya.
Perdana menteri memberi jaminan bahawa kerajaan kini tidak akan membenarkan amalan sedemikian berlaku dan berkongsi cara baru untuk meningkatkan kecekapan serta mempercepatkan kelulusan bagi pelabur yang ingin menjalankan perniagaan di Malaysia.
"Mereka (agensi kerajaan) harus mengikut corak tertentu dan mereka diberi masa tertentu untuk membuat keputusan.
"Jika tidak, mereka akan ditanya kenapa. Kenapa kamu menolak dan mengapa kita tidak bersetuju? Mereka perlu menjawab soalan itu," katanya.
Mahathir turut memberikan keyakinan sekiranya komuniti perniagaan China melabur di Malaysia, tidak akan berlaku perbuatan mendapatkan wang daripada mereka sebelum sesuatu projek diluluskan.
Beliau berkata apabila sesuatu projek mematuhi syarat ditetapkan  negara ini, pelabur akan diberikan kelulusan secepat mungkin.
"Saya berharap apa yang berlaku kepada anda tidak akan berlaku lagi, tetapi jika anda masih mempunyai aduan, anda boleh menghantarnya kepada saya secara peribadi," katanya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena