Sunday 26 August 2018

[Video ''Najib Berlagak, Dia Ingat Nak Menang Rupanya Kalah''] BENARKAH PH TAKUT UMNO DAN PAS BEKERJASAMA? Memang pun takut...TAKUT TAK JADI! Dituduh anjur pesta gay, Khalid tak akan tarik balik saman.

Ahad, 26 Ogos 2018

Foto Otai BERSIH.
Win! !!😁😁😁

BENARKAH PH TAKUT UMNO DAN PAS BEKERJASAMA?


Soalan syok sendiri dari macai umno? 

Aku pun takut juga,  takut tak jadi...
Sembang dah lama,  kahwin dah,  nikah je belum. 

PAS dan UMNO perlu bekerjasama, tiada pilihan untuk pemimpin² mereka survive. 
Bangsa Melayu dan Islam akan berdepan dengan cabaran baru dan pendekatan baru. 

Posted by 
Foto Otai BERSIH.

Dituduh anjur pesta gay, Khalid tak akan tarik balik saman

Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad tidak akan menarik balik saman yang dibuat terhadap Pengerusi Gerakan Muslimah Malaysia Wan Asshima Kamaruddin berhubung dakwaan fitnah yang beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menganjurkan pesta gay terbesar di Kuala Lumpur.
Khalid berkata Wan Assima tidak mengeluarkan sebarang kenyataan maaf ke atas fitnah itu sebaliknya hanya meminta maaf kerana mengaibkannya.
"Saya tidak nampak ia sebagai permohonan maaf yang ikhlas, dia tidak berasa kesal dengan tindakan gelojoh dan tiada fakta, dia hanya guna emosi dan kemudian menuduh saya beremosi, saya hanya menggunakan hak saya apabila orang memfitnah saya.
"Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) menghormati hak-hak bersuara tetapi orang yang mahu bersuara perlu berhati-hati dan bertanggungjawab atas apa yang dikatakan.
"Kalau kenyataan yang dikeluarkan tidak berasas dan bertujuan memprovokasi maka dia perlu bersedia menerima tindakan daripada orang yang difitnah," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur, hari ini.
Menjawab soalan sama ada beliau akan bertemu dengan Wan Assima, Khalid berkata tiada sebab untuk beliau berjumpa dengannya.
"Saya tidak nampak sebab saya perlu berjumpa dengannya, mohon maaf pun belum, tarik balik kenyataan pun tidak, kalau mahu dia boleh berjumpa dengan Pegawai Tugas-tugas Khas untuk jelaskan tetapi lagi banyak dia cakap lagi teruk, jadi kita jumpa di mahkamah sahaja," tambahnya.
Baru-baru ini, media melaporkan Wan Asshima menuduh Khalid membenarkan penganjuran pesta gay besar-besaran melalui video di laman Facebook miliknya tetapi video itu telah dipadam.
Susulan itu, laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi​​​​​​ oleh​​​​​​ Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Wilayah Zulhazmi Shariff dan Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hisham Fauzi.
Laporan dibuat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah dan menghasut kebencian dalam masyarakat.
-Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena