Sunday 19 August 2018

[Video Perempuan Ni Tuduh YB Khalid Samad Luluskan Pesta LGBT] Presiden GMIM (#walauntitPas?) MEMFITNAH Khalid Samad menganjurkan pesta gay & Undi tak percaya pada MB Perak hanya spekulasi.

Isnin, 20 Ogos 2018

Image result for Foto Wanita Ini Dakwa Khalid Samad Luluskan Pesta GAY Di Kuala Lumpur
Wanita ni kata Khalid Samad menganjurkan dan meluluskan pesta gay terbesar di Kuala Lumpur.
Cari penyakit semua ni...!
Foto Suara Rakyat.
Jangan Buat-buat Lupa Fitnah Anda Selama Ini...
TEPOKK...
Foto Suara Rakyat.


#FitnahPAS

SUDAH LENGKAP PASANGAN FITNAH dlm PAS.. Sorang walaumno PapaGomo, sorang #walauntitPAS Wan Asshima Kamaruddin yg merangkap Presiden Gerakan Muslimah Islam Malaysia (GMIM), #PuteriMujahidahPAS dan bekas AJK Kerja Puteri Umno Bahagian Klang.

Molek sangat lah tu dalam PAS !!

InsyaAllah harini peguam2 yg mewakili Menteri Wilayah YB Khalid Samad akan membuat satu laporan polis terhadap Wan Asshima Kamaruddin kerana memfitnah Menteri Wilayah.

Di dalam video fitnah beliau menyatakan Menteri Wilayah berjaya menganjurkan pesta gay yg terbesar di KL kerana telah meluluskan pesta gay tersebut.

Diharap YB Khalid Samad dpt ambil tindakan tegas dan sewajarnya terhadap #MujahidahPAS tersebut..

Video Fitnah:
https://www.facebook.com/zolkharnain.abidin/videos/10212645158505609/

Undi tak percaya pada MB Perak hanya spekulasi - exco

Isu berhubung undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu hanya bersifat spekulasi memandangkan hubungan beliau dengan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) amat baik, kata seorang Exco hari ini.
Pada masa sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrustruktur, Pertanian dan Perladangan Abdul Yunus Jamhari berkata sebaiknya perkara itu juga tidak terus diperbesar-besarkan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu yang menyatakan ada desas-desus wakil rakyat akan membuat undi tidak percaya terhadap Ahmad Faizal.
Sementara itu, Abdul Yunus turut mengingatkan wakil rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) agar berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan bagi mengelakkan ia dimanipulasikan oleh pihak lain.
"Isu pemberian hak milik tanah adalah isu sensitif dan itu boleh diselesaikan dengan baik bagi mengelak spekulasi yang boleh menggugat keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming semalam yang dilaporkan berkata beliau mahu kerajaan negeri memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung-kampung baharu seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas.
Sementara itu, Abdul Yunus berkata kerajaan negeri akan mengadakan karnival usahawan pada tahun depan untuk memberi peluang kepada usahawan memasarkan produk di daerah Kerian.
Mohd Yunus berkata pihaknya akan berbincang dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan mengenai karnival itu yang dirancang seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA).
“Usaha itu akan membantu usahawan kecil memasarkan produk mereka di samping membendung golongan muda berhijrah,” katanya yang ditemui selepas merasmikan Karnival Usahawan Industri Kecil dan Sederhana Kerian 2018 yang disertai 22 usahawan di Mydin Mall di Parit Buntar.
- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena