Wednesday 15 August 2018

[Video Kuasa Agong Tidak Akan Dikembalikan & Terkedu BN bila dengar Kos sebenar ECRL] Mat Sabu sedia bantu SPRM siasat pembantunya! Bagus, bukti kerajaan PH tak campurtangan siasatan SPRM...Jika waktu BN dulu senyap je.

Khamis, 16 ogos 2018

Foto Otai BERSIH.
Bukti kerajaan PH tak campurtangan siasatan SPRM.. bagus teruskan usaha SPRM.. kalau cmni semua org2 politik & org disekeliling mereka akan takut utk salahguna kuasa yg diamanahkan..

Kesian macai2 Umno pun xpaham.. Kes ni kes pegawai mat sabu bukan kes mat sabu.. Lagipun bagusla SPRM dah boleh siasat pegawai2 menteri, dulu senyap je.

https://www.malaysiakini.com/news/438873?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
Rafizi ada dokumen bayaran meragukan RM800,000 Pegawai Kanan Mat Sabu
Foto Rafizi Ramli.
Penyata insolvensi bagi kes bernombor sama (29-3936-07/2013) menunjukkan 4 bayaran besar dimasukkan dalam tempoh 2 hari.
Foto Rafizi Ramli.

15 Ogos 2018
SIASATAN KE ATAS PEGAWAI MENTERI PERTAHANAN:
PERLUNYA PENGISYTIHARAN HARTA TERBUKA TERMASUK DI KALANGAN PEGAWAI-PEGAWAI
Saya merujuk kepada laporan media mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas seorang pegawai kanan kepada YB Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan seperti yang dilaporkan Malaysiakini.
Saya dibekalkan beberapa dokumen yang mengesahkan bahawa status muflis pegawai terbabit diselesaikan dalam beberapa hari, seperti ditunjukkan di dalam dokumen-dokumen berikut:
Dokumen-dokumen ini menunjukkan bahawa 4 bayaran yang meragukan (masing-masing berjumlah RM318,525, RM100,000, RM300,000 dan RM100,800) dibuat dalam tempoh dua hari iaitu 30 Mei 2018 dan 31 Mei 2018.
Alasan yang sampai kepada saya ialah wang ini hasil dari “crowdfunding” (atau biayaramai) yang diusahakan untuk melepaskan pegawai tersebut dari status muflis. Saya sukar menerima alasan ini kerana saya juga tahu seorang lagi pimpinan AMANAH iaitu Saudara Mazlan Aliman masih belum berjaya mengumpul dana mencukupi untuk membayar saman ke atasnya, sedangkan Saudara Mazlan lebih dikenali dari pembantu YB Mohamad Sabu ini.
Kes ini, walaupun boleh memalukan Pakatan Harapan, boleh juga diambil pengajaran dalam usaha kita memperkukuhkan lagi Pakatan Harapan.
Sementara pihak berkuasa wajar meneruskan siasatan dan yang disiasat berhak membela diri di mahkamah, kes ini mendedahkan risiko yang dihadapi oleh anggota Kerajaan Persekutuan yang baru ini.
Walaupun parti yang memerintah telah bertukar, tetapi pihak-pihak yang sudah biasa untuk menawarkan rasuah, membayar tiket ke luar negara dan lain-lain tetap pihak yang sama kerana mereka merupakan pembekal kepada Kerajaan Persekutuan selama ini.
Mereka juga tahu bahawa mana-mana ahli politik dan pembantu mereka, memerlukan wang untuk menguruskan parti dan membina pengaruh. Ada juga ahli politik dan pembantu mereka yang kelabu mata dengan tawaran kemewahan, sesuatu yang mereka tidak pernah merasai semasa menjadi pembangkang dahulu.
Oleh itu, pihak-pihak yang berurusan dengan Kerajaan Persekutuan ini akan bertali arus mendampingi dan berbuat baik dengan menteri-menteri, terutamanya melalui pegawai-pegawai yang rapat dengan mereka.
Kita wajar memperhalusi bagaimana hubungan di antara pelobi-pelobi dan pihak-pihak yang berurusan dengan Kerajaan Persekutuan, untuk mengurangkan ruang mereka boleh menawarkan sogokan.
Saya yakin Kerajaan Persekutuan akan terus memperkenalkan peraturan-peraturan baru untuk mengetatkan lagi kod etika pimpinan kerajaan dan pegawai-pegawai mereka. Contohnya, Kerajaan Persekutuan boleh menguatkuasa pengisytiharan kepentingan (“declaration of interest”) bagi setiap perjumpaan di antara pihak swasta/pelobi dengan menteri dan pegawai-pegawai mereka. Jika kita boleh menyemak siapa dan apa tujuan satu-satu kumpulan berjumpa menteri, ini akan membuatkan menteri dan pelobi lebih berhati-hati kerana pertemuan mereka itu direkodkan.
Pada masa yang sama, saya juga percaya Kerajaan Persekutuan perlu memperkenalkan undang-undang yang mewajibkan pengisytiharan harta berkala secara terbuka kepada rakyat yang melibatkan:
i. Perdana Menteri dan seluruh anggota Jemaah Menteri, termasuk keluarga mereka
ii. Menteri-menteri besar dan seluruh EXCO, termasuk keluarga mereka
iii. Semua ahli parlimen dan wakil rakyat di peringkat Parlimen dan DUN, termasuk keluarga mereka
iv. Kesemua pegawai tinggi kerajaan berpangkat JUSA A ke atas, termasuk keluarga mereka
v. Semua setiausaha politik, setiausaha sulit, setiausaha akhbar dan pegawai-pegawai kanan yang menguruskan Perdana Menteri/TPM/Menteri/Menteri-menteri besar/EXCO, termasuk keluarga mereka
Pengisytiharan ini boleh dibuat secara berkanun supaya mereka boleh didakwa dan digugurkan dari jawatan sekiranya ada bukti mereka berbohong di dalam pengisytiharan mereka. Ini memudahkan siasatan agar SPRM tidak diheret untuk menyiasat kes-kes kekayaan melampau yang kemudiannya tidak boleh disabitkan kesalahan atas alasan tiada bukti menteri terbabit meluluskan projek untuk kroni mereka.
Saya menyeru supaya Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan kembali cadangan untuk mewajibkan menteri-menteri mengisytiharkan harta kepada SPRM semata-mata.
Jalan terbaik masih lagi mengisytiharkan harta secara terbuka kepada orang ramai secara berkanun. Jika ahli politik itu tidak mahu mengisytiharkan harta secara terbuka kepada orang ramai, beliau tidaklah layak menjadi seorang penjawat awam dan lebih sesuai berada di dalam sektor swasta.
Kes terbaru melibatkan seorang pembantu kanan Menteri Pertahanan ini sewajarnya menjadi teladan perlunya undang-undang pengisytiharan harta yang lebih ketat.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Mat Sabu sedia bantu SPRM siasat pembantunya

 | August 15, 2018
SPRM sedang menyiasat pembantu politik Mat Sabu atas dakwaan menerima RM800,000 untuk membantunya menyelesaikan masalah hutang dan dikeluarkan daripada status muflis.
Mat Sabu berkata, beliau tidak akan berkompromi dalam soal integriti.
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jika ada kakitangan kementeriannya disiasat kerana terlibat rasuah.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengalu-alukan tindakan suruhanjaya itu dan kementeriannya juga bersedia memberikan komitmen serta kerjasama penuh kepada SPRM.
“Sekiranya terdapat apa-apa kes, SPRM bolehlah mendakwa individu yang terlibat mengikut saluran undang-undang sedia ada.
“Seperti kenyataan saya di Parlimen sebelum ini, dalam siasatan terhadap kementerian saya yang diketuai bekas ketua audit negara, Tan Sri Ambrin Buang, saya mengalu-alukan SPRM menyiasat sesiapa sahaja di kementerian ini mahupun di pejabat saya.”
Katanya, beliau tidak akan berkompromi dalam soal integriti.
Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan pihaknya sedang menyiasat pembantu politik Mat Sabu berhubung dakwaan menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantunya menyelesaikan masalah hutang serta dikeluarkan daripada status muflis.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena