Wednesday 29 August 2018

[Video Merdeka Parade Rehersal 2018 - Tumpuan kepada aset ATM & PDRM) Dewan Rakyat & Dewan Negara bukan tempat tidur! Program PATI pulang sukarela berakhir 12 malam ini...148,774 PATI serah diri setakat Ogos.

Khamis, 30 Ogos 2018

Dewan Rakyat & Dewan Negara bukan tempat tidur!
Foto Otai BERSIH.

KALAU TAK MAMPU LAKSANA AMANAH, SILA BERUNDUR..

Dakwat tandatangan menerima lantikan Senator Dewan Negara pun baru kering, perangai lama muncul kembali!

Sudahlah lena diulit intan didodoi dengan jawatan, siap lengkap dengan dengkuran hingga mengganggu persidangan dewan.

Bukankah ramai lagi yang lebih layak dan lebih sihat tetapi mengapa memalukan diri dan parti?

Jangan bagi alasan makan ubat batuk ye!
Tok Abah Ismail

Tok Abah Ismail Salam kasih sayang dr tok abah.
Dgn rendah hati tok abah mohon maaf kpd smua. Sesuatu yg tak sesuai dn tak sepatutnya berlaku. 
Di Hujung sidang dewan tok abah terlelap.

Ada pengajaran yg Allah yg nak beri pada tok abah.
Perlu berhati2 dimasa hadapan.
Sekali lg, sbgai manusia biasa yg tak sempurna, mohon maaf kpd smua.

Otai BERSIH Ok dah ada penjelasan dari Tuan Senator
Foto Otai BERSIH.
Ketua Syiah Iran ke tu...?

Alaaaa... Melawak pun tak boleh... Mesti ada yang marah... Kalau tak percaya kejap lagi ada yang komen maki admin... Kahkahkahkah...

Program PATI pulang sukarela berakhir 12 malam ini


Selepas detik 12 tengah malam ini maka berakhirlah peluang pendatang tanpa izin (PATI) untuk terus bersarang di negara tercinta ini setelah tamatnya Program Penghantaran Pulang PATI Secara Sukarela (3+1) yang diperkenalkan sejak 2014.
Ketua Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Mustafar Ali berkata perkara ini turut ditegaskan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyyiddin Yassin sebelum ini yang menyatakan tarikh akhir program 3+1 itu adalah 30 Ogos 2018 dan tidak akan disambung lagi.
“Kita tak mahu ada lambakan PATI di negara kita...saya dengan berani menyatakan dengan mengambil konsep semangat Hari Kemerdekaan yang disambut hujung bulan ini (esok), mengapa tidak kita berusaha memerdekakan negara kita daripada PATI selepas 30 Ogos ini.
“Selain mereka (PATI), majikan dan kedutaan negara masing-masing juga bertanggungjawab untuk membawa mereka pulang selepas 30 Ogos ini,” katanya dalam temuramah eksklusif dengan Bernama di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Beliau berkata program itu dilaksanakan untuk membolehkan PATI tampil menyerah diri dengan hanya membayar kompaun minimum iaitu RM300 dan RM100 untuk sijil khas (SP) pulang ke negara asal.
“Jabatan Imigresen Malaysia sering menerima aduan terutama daripada penduduk tempatan sejak kebelakangan ini yang mereka tidak selesa dengan lambakan warga asing di negara ini,” katanya.
148,774 PATI serah diri setakat Ogos
Melihat kepada situasi yang berlaku, Mustafar berkata tindakan warga asing sering memonopoli sesuatu kawasan terutama di kawasan perumahan telah membawa rasa kurang senang kepada warga tempatan.
- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena