Tuesday 4 December 2018

[Video Himpunan Icerd: PAS akan rakam gambar pencetus provokasi] FAM cuba hubungi bekas pemain bola negara tidur di kaki lima tunggu rawatan jantung di IJN.

Selasa, 4 Disember 2018

FAM cuba hubungi bekas pemain bola negara tidur di kaki lima

Nasib bekas pemain bola sepak negara Salahuddin Che Ros yang dilaporkan media terpaksa tidur di kaki lima setiap kali datang ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan menyentuh hati masyarakat.
Susulan itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) dilaporkan cuba menghubungi Salahuddin untuk mengetahui keadaannya dengan lebih lanjut.
Bagaimanapun, menurut Setiausaha agung FAM Stuart Ramalingam, panggilan telefon mereka tidak berjawab.
"Kami dapat tahu mengenai situasinya melalui laporan media dan kami mahu menolongnya.
"Kami berjaya dapat nombor telefonnya, tapi setiap kali kami cuba hubungi, dia tak jawab," katanya dipetik Star Online.
Mk.

Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan era 90an terpaksa hidup sebagai gelandangan di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur sementara menunggu tarikh pembedahan memasukkan perentak jantung tahun ini.
Mingguan Malaysia melaporkan, beliau yang berusia lewat 40-an akan terpaksa tidur di kaki lima setiap kali datang ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
"Simpanan semakin berkurangan, sebab itu lebih lapan bulan saya menjalani hidup sebegini setiap kali datang ke Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), saya tidak mampu untuk menyewa hotel maka terpaksa tidur di kaki lima ini. 
"Saya bukanlah penghuni tetap di kaki lima memandangkan saya cuma berehat dan tidur dalam tempoh tertentu sahaja (beberapa minggu dalam sebulan).
"Sejurus selesai sesi rawatan, saya akan pulang ke kampung, apapun inilah nasib saya sekarang," katanya dipetik sebagai berkata.
Bekas pemain posisi pertahanan yang pernah mewakili beberapa pasukan negeri itu berkata kesukaran hidupnya bermula apabila disahkan menghidap penyakit jantung sekitar 2009.
Anak kelahiran Pulau Pinang itu kemudian dimaklumkan penyakitnya bertambah kronik sejak tiga tahun lalu.
Lebih malang, beliau yang pernah bekerja sebagai buruh selama setahun tidak mampu meneruskan pekerjaan itu disebabkan penyakitnya.
Menurutnya, meskipun menjadi gelandangan sementara, dia masih mampu menguruskan diri dengan baik dengan memanfaatkan kemudahan awam seperti surau dan masjid untuk membersihkan diri dan bersolat.
Lebih hiba, ketika ditanya soal keluarga, lelaki itu mengakui sudah bercerai dan memiliki tiga anak yang sedang belajar, terma­suk seorang daripadanya sedang menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
Mengakui sudah bercerai dan mempunyai tiga anak yang sedang belajar termasuk seorang daripadanya sedang menuntut di universiti, lelaki itu menjelaskan dia tinggal di rumah kakaknya sekiranya berada di kampung.
"Ketiga-tiga anak saya tidak tahu saya hidup begini, saya tidak mahu mereka tahu kesusahan saya, takut mereka susah hati pula, jelasnya sebak," katanya.
Mk.

1 comments:

Unknown said...

Jika pas yg rakam, apakah ada ketelusan? Kot2 rakaman pencetus tu org pas ( setelah diselidik ) apakah mungkin rakaman tu di delete nanti.

Iya la kn... depa mengaku je islamik tp perangai blm tahu.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena