Tuesday 25 December 2018

[Video Lepas tengok video ni anggaplah kita tak kenal] SU Agung PAS: 'Merry Christmas' kepada rakyat Malaysia & Kepada rakan² Kristian..jangan dilayan 'lebai taliban' ni...

Selasa, 25 Disember 2018
Image may contain: 6 people, people smiling, text
Tumpang sekole.
Kepada rakan² Kristian..jangan layan lebai Taliban ni... 

SU Agung PAS: 'Merry Christmas' kepada rakyat Malaysia

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menghantar ucapan perayaan sempena sambutan Hari Krismas.
“Saya ucapkan Merry Christmas kepada semua rakyat Malaysia yang merayakan Hari Krismas, semoga kita sama-sama berada dalam keadaan aman harmoni di negara kita tercinta ini.
“Sebahagian besar dari rakan-rakan sekelas dengan saya di Law FacultyUniversity of Malaya adalah bukan beragama Islam. Kami masih mesra sehingga sekarang sebagai satu keluarga dan saling berhubungan dan bertemu dalam reunion.
“Perbezaan pandangan adalah satu rahmat dalam ajaran Islam,” kata beliau dalam suatu kenyataan hari ini.
Semalam, Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi menegah umat Islam daripada menyambut Hari Natal kerana ia bercanggah dengan akidah Islam.
“Lain keadaan sekiranya ada jiran kita beragama Kristian, boleh ucap sebagai tanda menghormati mereka.
“Namun, tidak boleh suka-suka untuk ucap kepada mereka melalui status yang ditulis secara umum contoh di laman sosial Facebook, ia seolah-olah menunjukkan keredaan kepada agama mereka,” katanya.
Bagaimanapun, Ketua Dewan Ulama PAS Sabah Mustaqim Aling menggesa umat Islam, terutamanya muallaf supaya menjaga hubungan silaturahim dengan keluarga dan sahabat handai daripada agama yang berbeza.
Namun, ramai pemimpin beragama Islam telah membuat ucapan selamat Hari Krismas, termasuklah Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
mk.

1 comments:

Helmi said...

Bapa borek anak rintik

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena