Tuesday 11 December 2018

[Video PH-Pembangkang Saling Bermaafan! Ucapan Penutup Speaker Di Hari Terakhir Persidangan Parlimen 2018] Mufti doakan pasukan M'sia bawah bimbingan Cheng Hoe menang.

Selasa, 11 Disember 2018

Mufti doakan pasukan M'sia bawah bimbingan Cheng Hoe menang

Kemenangan pasukan negara menentang Vietnam pada aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2018 malam ini menjadi harapan banyak pihak, tidak terkecuali Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad.
Selepas berlepas ke tanah suci Makkah hari ini, beliau sempat mendoakan kemenangan untuk pasukan negara bawah pimpinan Tan Cheng Hoe.
“Kami berdoa semoga pasukan Malaysia bawah bimbingan coach yang berwibawa Tan Cheng Hoe serta pemain yang meningkat prestasi mereka bertaraf Asia akan melakarkan kejayaan untuk pasukan Malaysia,” katanya.
Zulkifli dijadual menghadiri sebuah muktamar berkaitan bahaya pecah belah di kalangan umat Islam selama dua hari yang bermula esok.
Menulis di Facebook, Zulkifli percaya cara permainan pasukan yang berisi taktikal dan teknikal bawah kendalian jurulatih akan dapat menghasilkan gol yang menatijahkan kemenangan.
“Salam hormat daripada kami. Semoga kemenangan menjadi milik pasukan Malaysia. Amin,” katanya.
Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki menggunakan format timbal balik dengan skuad negara akan melayan kunjungan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil terlebih dahulu pada hari ini sebelum aksi final kedua di Hanoi pada Sabtu.

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Nasib Bukan lebai pas Yg Doa kan. Kalau tak Dia Doa coach Cepat Mati Pasal cina kapir.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena