Monday 10 December 2018

[Video Tabung Haji dikawal selia oleh Bank Negara bermula tahun depan] Jho Low beli piano lutsinar untuk Miranda Kerr! Kerr sedia pulangkan piano & DOJ AS perlu merobohkan tembok di rumah Kerr utk keluarkan piano tersebut.

Isnin, 10 Disember 2018

Jho Low beli piano lutsinar untuk Miranda Kerr - Laporan

Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho yang didakwa menjadi dalang melesapkan berbilion dana 1MDB didakwa membelikan hadiah piano lutsinar buat model Miranda Kerr.
Pada 2014, Low memesan sebuah piano untuk Kerr dari syarikat pembuat yang berpengkalan di Belanda, Crystal Music Company, menurut laporan New York Times (NYT).
Pendedahan ini antara senarai panjang barangan mewah yang dihadiahkan Low kepada model berkenaan.
Pengasas syarikat pembuat piano berkenaan, Peter Tol enggan membincangkan harga piano untuk Kerr itu tetapi berkata piano yang ditempah berharga di antara AS$ 170,000 (RM709,000) dan AS$ 1 juta (RM4.17 juta), kata laporan itu.
Kerr pernah dilihat bermain di piano di dalam video berjudul: "Miranda Kerr - At Home Secrets with Vogue Living".
Kerr sedia pulangkan piano
Laporan NYT seterusnya menyebut apabila Tol menghantar piano tersebut, pihaknya "terkejut" kerana ia akan diletakkan di atas geladak di bahagian luar kerana tidak muat untuk melalui pintu.
"Saya sangat kecewa... Saya nasihatkan mereka untuk menutup kawasan itu," kata Tol, petik NYT.

Ker akhirnya menutup kawasan itu dan atas sebab itu jugalah kini kerajaan Amerika Syarikat (AS) menghadapi masalah untuk membawa keluar piano itu yang dipercayai dibeli Jho Low menggunakan dana yang diselewengkan daripada 1MDB.
Peguam kepada model itu telah mengatakan Kerr sedia untuk memulangkan piano tersebut.
Bagaimanapun, Jabatan Keadilan (DOJ) AS perlu merobohkan tembok di rumah Kerr untuk membuka ruang tertutup supaya dapat mengeluarkan piano tersebut dari rumah itu.
Sebelum ini, DOJ telah merampas aset-aset yang didakwa diperolehi menggunakan dana 1MDB yang dilesapkan.
"Tembok-tembok baru ini menjadi masalah bagi kerajaan, yang percaya ia perlu melakukan perobohan untuk mendapatkan piano itu, menurut dua orang yang tahu selok-belok penyiasatan tetapi tidak dibenarkan bercakap secara terbuka.
"Kemudian sebuah rumah yang sangat mahal perlu diperbaiki," kata laporan itu.
Loket berlian 8.88 karat bernilai AS$ 4.8 juta
Laporan itu berkata buat masa ini, piano tersebut tetap diletakkan di bawah jagaan Kerr. Walau bagaimanapun, Kerr telah memulangkan hadiah lain yang diterimanya dari Jho Low kepada pihak berkuasa.
Low turut menghadiahkan seutas rantai berlian, anting-anting, gelang dan cincin bernilai AS$ 1.98 juta semasa dalam percutian romantis di atas kapal persiaran mewah Equanimity pada bulan Julai 2014.
Kapal mewah yang juga dipercayai diperoleh menggunakan dana yang dilesapkan daripada 1MDB, telah dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia dan diserahkan ke Malaysia untuk lelongan.
Low turut menghadiahkan Kerr loket berlian 11.72 karat berbentuk jantung dengan ukiran nama model itu, yang bernilai AS$ 1.29 juta dan anting-anting berlian 11 karat bernilai AS$ 1.05 juta.
Hadiah paling mahalnya kepada Kerr adalah pada bulan November 2014 - berupa loket berlian 8.88 karat bernilai AS$ 4.8 juta.
Kerr telah memulangkan barangan kemas itu kepada DOJ.
Mk.

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Sape org Islam yg terima hadiah Dari babi gemok umno ni, Tapi Belum pulang balik, sila bunuh diri atau pegi mampos.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena