Tuesday 11 December 2018

[Video TERKINI: RM19.9 Bilion Aset Tabung Haji Diserah Kepada MOF] Apa punya manusia, Tabung Haji pun mereka noda..Mana suara keramat melayu bangkit 812? Dengor kan cakappp rimau tua pun boleh terkincin-kincin!

Rabu, 12 Disember 2018
Image may contain: 4 people, people smiling, text
Mana suara keramat melayu bangkit 812?
Image may contain: text

RM 19.9 Bilion Aset Tabung Haji Diserah Kepada MOF

Lembaga Tabung Haji (TH) akan memindahkan aset-aset yang tidak menguntungkan bernilai RM19.9 bilion kepada sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan menjelang 31 Disember ini bagi memantapkan kewangan entiti itu dengan segera. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zukri Samat berkata, aset-aset tersebut merangkumi hartanah yang memberikan hasil kurang daripada dua peratus seperti sekeping tanah di Tun Razak Exchange (TRX) dan ekuiti-ekui ti yang megalami rosot nilai melebihi 20 peratus. Jelasnya, selepas pemindahan aset-aset berkenaan, TH bakal memiliki kunci kira-kira yang seimbang di antara aset dan liability. Sebagai tukaran kepada aset, SPV akan menerbitkan sukuk RM10 bilion dan Saham Islamik Boleh Ditebus Boleh Ditukar (RCPS-i) yang akan dilanggan sepenuhnya oleh TH. Sukuk bertempoh tujuh tahun dengan kupon kosong akan diterbitkan pada hasil diskaun lima peratus setahun manakala RCPS-i tidak mempunyai tempoh matang dan dividen. #malaysiagazette #mgtv

Apa punya manusia, Tabung Haji pun mereka noda

Berita buruk yang luar biasa mengenai agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak memeranjatkan lagi.

Sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara daripada BN pada 9 Mei lalu, satu demi satu skandal kewangan terbongkar.

Semakin hari apa yang ditakuti semakin menjadi kenyataan iaitu bawah telunjuk bekas perdana menteri, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil, Mohd Najib Abdul Razak, kerosakan berlaku secara sistematik dan meluas.

1MDB, Felda, FGV dan sekarang Tabung Haji (TH). Daripada apa yang kita dengar, senarai ini akan menjadi lebih panjang.
A Kadir Jasin
KDL

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena