Adli Mansur cipta sejarah Kristian pertama memerintah Mesir kerana kebodohan Dr.Ahmed Mehran
Amru Ibn Al A’s R.A. membuka Mesir, dan memperkenalkan Islam ke Mesir pada tahun 639 di bawah Khalifah (Omar Ibn Al Khattab) RA. Mesir sebelum ini hanya diperintah oleh umat Islam dan pemimpin Islam sahaja!
Mulai semalam,
Mesir diperintah sementara oleh seorang pemimpin Kristian bermazhab Qubty yang dinamakan Adli Mansur.
Apa Beza Laporan TV3 Dan Sinar Harian Berkenaan Penggulingan Morsi.. Saksikanlah!!
TV3 milikan Umno labelkan Presiden Morsi sebagai diktator.. sungguh jahat perbuatan TV3. Terbukti Umno adalah agen Amerika yang sebenarnya. Cuba lihat gambar di atas, perbezaan laporan oleh akhbar Sinar Harian dengan media tunggangan Umno.
Sinar Harian ikhlas dan jujur melaorkan situasi yang sebenar, apa lagi kita nak harapkan kepada Umno. Bukan sahaja berita tempatan malah berita luar negara pun di putar belitkan.
Ayuh kepada semua pecinta Islam kita adakan solat hajat dan berdoa supaya Allah SWT memberikan kemenangan kepada Islam di Mesir dan juga seluruh dunia..Posted by Addin
Isu Mesir - Kenyataan Najib Diperlihatkan Seperti Pro Israel.
Perdana menteri berkata perubahan yang tidak diurus dengan baik boleh membawa kepada penderitaan rakyat seperti kenaikan harga barangan, peningkatan pengangguran dan industri pelancongan menjadi lumpuh.
"Akhirnya, ia membawa kepada rakyat sendiri yang menuntut kepada perubahan sekali lagi yang mana perubahan itu tidak memenuhi kehendak dan apa yang diharapkan oleh kita," katanya kepada wartawan Malaysia di akhir lawatan kerja empat harinya ke London pada Khamis.
Najib berkata demikian bagi mengulas mengenai konflik terbaru di Mesir yang menyaksikan penggulingan Presiden Mohamed Morsi, pemimpin yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat Mesir pada 30 Jun 2012 bagi menggantikan Hosni Mubarak.
Perdana menteri berkata apa yang penting bagi Mesir adalah untuk mencari penyelesaian secara aman selain memastikan proses pilihan raya diadakan di masa terdekat, dengan dijalankan secara adil dan inklusif.
Namun begitu, beliau menegaskan peristiwa yang berlaku itu adalah soal dalaman Mesir, "walaupun kita tidak sokong tindakan ketenteraan, tetapi ia sudah terjadi."
"Diharap kerajaan baharu dapat diwujudkan, yang mencerminkan hasrat dan aspirasi rakyat Mesir, yang dapat menjaminkan kestabilan jangka panjang negara itu," katanya.
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/isu-mesir-kenyataan-najib-diperlihatkan.html#ixzz2Y5zOBb4q
0 comments:
Post a Comment