Saturday, 13 July 2013

Al Jazera : Washington secara rasminya menuntut pembebasan Dr Mursi - Nah, As Sisi! Lihatlah apa kehendak rakyat Mesir yang sebenar!

Ahad, 14 Julai 2013
Photo: Himpunan Solidariti Ummah: Mesir Berdarah.
14 Julai 2013
Dewan Dato' Fadzil Nor, KUIZM.
Presiden Muhammad Mursi : Seluruh dunia bersamamu
Terjemahan Oleh : Mesir Kini 
Kemungkinan berlakunya pengisytiharan rampasan kuasa baru yang dilakukan oleh beberapa orang pegawai tentera untuk mengembalikan kuasa Mursi.

Washington meminta Presiden Dr Mursi dibebaskan selepas tekanan yang kuat diberikan rakyat Mesir di mana kebanyakan penyokong beliau mula berhimpun di dua tempat iaitu medan Rabiatul Adawiah dan Medan An Nahdhah berhadapan Universiti Kaherah, berikut merupakan berita seperti dikhabarkan oleh siaran langsung al-Jazeera :

1. Washington secara rasminya menuntut pembebasan Dr Mursi

2. Saluran TV " Arabiah" mengelirukan , di samping banyak percanggahan dalam berita yang disiarkan.

3. Beberapa orang kepimpinan utama Kem Dalam Negeri zaman Mubarak mula melarikan diri kerana mereka mula merasakan natijah yang bakal berlaku; iaitu kembalinya Mursi dan jatuhnya sistem kepolisan mereka dan akan bermulanya nanti penangkapan ke atas mereka.

4. Kebimbangan dan ketakutan untuk menyertai kabinet bagi kerajaan baru yang merampas kuasa ini.

5. Tersebar berita- berita yang tidak dapat disahkan tentang kemungkinan berlakunya pengisytiharan rampasan kuasa baru yang dilakukan oleh beberapa orang pegawai tentera untuk mengembalikan kuasa Mursi.

5. Sebahagian pemimpin rejim Mubarak yang sebelum ini telah terbang ke UAE tidak kembali semula ke Mesir kerana bimbang dengan kemungkinan kegagalan rampasan kuasa yang telah berlaku.

6. Senarai hitam nama mereka yang dilarang keluar negara telah disediakan terhadap semua yang terlibat dalam rampasan kuasa. Arahan tangkap juga telah disiapkan.

7. Masyarakat Dunia khususnya barat mula mengalihkan perhatian terhadap perhimpunan besar-besaran rakyat Mesir, khususnya terhadap kehadiran seorang wanita Kristian semalam yang telah muncul di atas pentas menyatakan pendirian beliau dan juga pendirian sebahagian besar rakyat Mesir bersama legitimasi dan tuntutan mengembalikan Presiden Dr Mursi

Kenyataan ini telah diumumkan secara langsung dari pentas dan siaran langsung Al Jazeera

Sumber : Al Jazeera

 6 Juta Himpunan 'Jumaat Kemaraan'
Photo: ‎Kebangkitan rakyat Mesir di seluruh negara menentang rampasan kuasa tentera terhadap Presiden yang sah, Dr Muhammad Mursi.

Sumber : نبض رابعة
#mesirkini‎
Kebangkitan rakyat Mesir di seluruh negara menentang rampasan kuasa tentera terhadap Presiden yang sah, Dr Muhammad Mursi.
Sumber : نبض رابعة
#‎mesirkini

Nah, As Sisi! Lihatlah apa kehendak rakyat Mesir yang sebenar!
Photo: Anggaran jumlah mereka yang keluar berdemonstrasi semalam sempena 'Jumaat Kemaraan' di beberapa kawasan :

- 3 Juta demonstran di Medan Rabiatul Adawiyah
- 2 Juta demonstran di Dataran Nahdhah hadapan Universiti Kaherah
- 350 Ribu demonstran di Dataran Ramsis
- 150 Ribu di hadapan Istana Ittihadiyyah 
- Jutaan demonstran pro Legitimasi di Iskandariah
- Berpuluh ribu demonstran di Al Minya
- 100 Ribu demonstran di Qena
- 30 Ribu di Aswan 
- Ratusan ribu demonstran di Assiut

Nah, As Sisi! Lihatlah apa kehendak rakyat Mesir yang sebenar!

Gambar : Suasana di Medan Rabiatul Adawiyah petang semalam.

Sumber : RNN
#mesirkini
Anggaran jumlah mereka yang keluar berdemonstrasi semalam sempena 'Jumaat Kemaraan' di beberapa kawasan :
- 3 Juta demonstran di Medan Rabiatul Adawiyah
- 2 Juta demonstran di Dataran Nahdhah hadapan Universiti Kaherah
- 350 Ribu demonstran di Dataran Ramsis
- 150 Ribu di hadapan Istana Ittihadiyyah 
- Jutaan demonstran pro Legitimasi di Iskandariah
- Berpuluh ribu demonstran di Al Minya
- 100 Ribu demonstran di Qena
- 30 Ribu di Aswan 
- Ratusan ribu demonstran di Assiut

Nah, As Sisi! Lihatlah apa kehendak rakyat Mesir yang sebenar!
Gambar : Suasana di Medan Rabiatul Adawiyah petang semalam.

Sumber : RNN
#‎mesirkini

Photo: Solat Terawih sebentar tadi di Medan Rabiatul Adawiah.

Sumber : RNN
#mesirkini
Solat Terawih sebentar tadi di Medan Rabiatul Adawiah.
Sumber : RNN
#‎mesirkini


Essam El-Erian

Essam El-Erian, Naib Pengerusi Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), menyeru seluruh negara untuk turun membantah kuasa tentera pada Isnin depan]

Seorang pemimpin kanan parti Islam Presiden Muhammad Mursi yang digulingkan menyeru untuk perhimpunan secara besar-besaran di seluruh Mesir pada hari Isnin, selepas berjam-jam puluhan ribu penyokong Mursi menuntut pengembalian Mursi dalam bantahan secara aman di Kaherah.

Perdana Menteri Sementara Hazem el-Beblawi dijangkakan akan bersumpah dalam kabinet baru pada minggu depan untuk menguatkuasakan sokongan tentera untuk mengembalikan pemerintahan awam. Tentera telah menggulingkan Mursi, presiden pertama di negara ini yang dipilih secara demokrasi, pada 3 Julai lepas.

Pihak Mursi telah menolak semua proses politik sejak daripada itu.

"Isnin depan, dengan jumlah orang ramai yang lebih besar, Insya-Allah di semua medan di Mesir (membantah rampasan kuasa tentera)," Kata Essam El-Erian di laman facebook beliau.

"Mesir memutuskan melalui peti undi, melalui protes, dan perhimpunan besar-besaran dan aman. Tiada seorang, satu kumpulan elit dan organisasi tentera yang akan meletakkan keputusannya untuk rakyat, "katanya.

Sumber : EgyptIndependent
#‎mesirkini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena