Friday 5 July 2013

Dr.Ahmed Mehran - Pengasas Tamarood bertaubat apabila sedari 'pembangkang perangi Islam bukan Mursi'...Petualang Dah Menyesal!

Sabtu, 6 Julai 2013
Dr.Ahmed Mehran - Petualang yang bertanggungjawab mengemukakan petisyen di mahkamah bagi membubarkan Dewan Rakyat, Dewan Senat, Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan, dan menangguhkan Pilihanraya Dewan Rakyat                                                     

Pengarah Pusat Kajian Politik dan Undang-Undang Kaherah, Dr.Ahmed Mehran yang merupakan penggerak "Barisan Penyelamat", telah mengumumkan secara rasmi keluar dari badan tersebut.

Barisan Penyelamat merupakan gerakan pembangkang Mursi yang diterajui oleh Hamdeen Sobahi, Amru Musa dan Dr.Mohammed El-Barade'i.

Mehran turut menolak usaha yang dirancang kumpulan tersebut bagi menjatuhkan Mursi pada 30 Jun ini mendedahkan demikian ketika menjadi tetamu stesen televisyen "An-Nas" yang dikendalikan oleh Syeikh Khalid Abdullah. Menurut beliau, "Saya sebagai anggota pembangkang telah mencurahkan segala usaha dan tenaga saya bagi memerangi kumpulan politik Islam, memerangi habis-habisan Ikhwan Muslimin. Ini kerana saya menganggap pertembungan ini bagi kebaikan negara dan memperjuangkan masa depan Mesir. Sehingga saya mengerti hakikat sebenar bahawa sebenarnya asas pertembungan ini iaitu dengan Islam, ia bukan peperangan politik atau parti semata-mata akan tetapi perang ke atas Islam dan musuh Islam ingin menghancurkan negara, inilah matlamat mereka."

Mehran juga menyesali atas perbuatan beliau selama ini. "Saya menyesal usaha saya selama ini memerangi Islam dan kumpulan Islam."

Beliau sebelum ini merupakan orang yang bertanggungjawab mengemukakan petisyen di mahkamah bagi membubarkan Dewan Rakyat, Dewan Senat, Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan, menangguhkan Pilihanraya Dewan Rakyat, bersubahat memfitnah pemimpin Ikhwan, Dr.Isom Eryan dan Mohammed Beltaji menyerang kumpulan pembangkang yang berdemonstrasi di Tahrir serta bertanggungjawab mencetuskan idea penubuhan kempen "Tamarrud" bagi mengumpul tandatangan rakyat bagi menjatuhkan Mursi.

Tulisan sahabat FB yang apabila dicari tak jumpa... namun tetap kredit untuk penulis... 
Posted by GeloraHatiMuda at 5:39 AM - update from egypt.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena